Posts

Showing posts with the label Kesihatan

Susu Ibu Khasiatnya Tidak Ternilai

Image
Kelahiran bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusukan bayi dengan susu sendiri adalah permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Susu Ibu Menyelamatkan Nyawa

Image
Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius. Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Mengapa tidak menyusu?

Image
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan mengendur.

Khasiat dan Kebaikan Susu Ibu

Image
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Susu Ibu Menguntungkan Wanita

Image
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman. Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser payudara dan juga ovari.

Pengaruh Kafien Terhadap Tekanan Darah

Image
Kafein merupakan sebatian xantin semulajadi yang boleh ditemui dalam teh, kopi, kacang dan banyak tanaman lain. Kandungan ini terkenal untuk merangsang otak dan meningkatkan kewaspadaan mental, selain itu banyak penyelidikan yang menunjukkan pengaruhnya pada tekanan darah.

Kesan Alkohol Terhadap Kesihatan

Image
Setelah menjalankan kempen anti-merokok "Tak Nak", Kementerian Kesihatan kini mengorak langkah mengadakan kempen anti-alkohol pula. Ini bertujuan bagi memberikan kesedaran tantang bahaya alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihtan diri sekirangnya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya.

Kesan Nikotin Kepada Kesihatan

Image
Bahan tembakau yang digunakan dalam rokok mengandungi nikotin, iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan. Bagi mengelakkan kesan buruk akibat ketagihan nikotin itu, langkah pengcegahan dan kawalan hendaklah dilakukan. Semua organisasi yang berkaitan kesihatan di dunia bersepakat bahawa produk berasaskan tembakau boleh menyebabkan ketagihan. Banyak kajian menunjukkan produk berasakan tembakau boleh menyebabkan ketagihan sebagaimana heroin, kokain dan alkohol.

Tips Penjagaan Bibir untuk Wanita

Image

Ilmu Empat Tabib

Image
Pada suatu hari, Raja Nasyrun Adil (Khafilah Harun Ar-Rasyid) mengumpulkan empat orang tabib yang terkenal dari empat negara untuk bertanya mengenai ubat yang tiada mendatangkan penyakit selepasnya. Empat tabib yang dijemput itu ialah Tabib Iraq, Tabib Rumawi (Rom), Tabib Hindustan (India) dan Tabib Habsyah (Suadil-Iraq). Khafilah berkata, "Hendaklah setiap orang daripada kamu menerangkan apakah ubat yang tidak ada penyakit padanya".

Makan Sambil Kerja Boleh Gemuk?

Image
Kebiasaan makan sambil menatap skrin komputer ternyata boleh membuat berat badan naik. Satu penyelidikkan terbaru di barat membuktikan hal tersebut. Akibat kesibukan pekerjaan, banyak dari kita makan di depan komputer sambil mengerjakan urusan di tempat kerja. Satu penyelidikkan terbaru di barat membuktikan, kebiasaan tersebut ternyata meningkatkan selera kita untuk hidangan penutup (dessert). Akibatnya, berat badan pun akan tidak terkawal atau menjadi gemuk.

Bagaimana Kokain Merosak Otak?

Image

Cara Menguruskan Badan Tanpa Ubat-Ubatan

Image

Jenis Ikan dan Khasiatnya

Image

Jaga Kesihatan Jantung Anda

Image
SEMAKIN ramai rakyat Malaysia mati akibat penyakit jantung berbanding penyakit lain. Dalam kebanyakan keadaan, penyakit ini boleh dielakkan. Masih ramai yang tidak menghiraukan amaran kesihatan. Mungkin mereka fikir 'ia tidak mungkin berlaku pada dirinya' atau percaya mereka masih boleh tunggu dan lihat jika mendapat serangan jantung. Mereka boleh menjalani pembedahan pintasan dan mengambil pil. Penyakit jantung lebih daripada satu kejutan serangan jantung. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ia bermakna sakit dada, kesukaran bernafas dan kelesuan.

Makanan Anti-kolestrol

Image

Alat pemain MP3 boleh jejaskan pendengaran

Image

Sakit Tulang Belakang

Image
Jika anda bekerja di dalam pejabat yang memerlukan anda duduk selama 8 jam sehari, cara anda duduk menjadi sangat penting kerana cara duduk yang salah akan menyebabkan masalah kesihatan bahagian belakang dan pinggang. Apabila usia semakin meningkat, maka bahagian belakang pinggang akan mempengaruhi kemampuan seseorang untuk bergerak. Bagi kebanyakan orang, penyakit ini merupakan satu masalah yang agak serius kerana pada masa ini kebanyakan orang duduk dalam pelbagai keadaan. Kita akan duduk semasa makan, memandu, bekerja, menonton TV sehinggalah semasa tidur. Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan masalah sakit tulang belakang yang disebabkan oleh duduk dalam tempoh yang berpanjangan:

Ancaman Melamina Dalam Rumusan Susu China

Image
Isu keselamatan produk makanan timbul lagi dan keadaan kali amat membimbangkan kerana ia melibatkan produk makanan yang sangat kritikal isaitu susu. Bayi-bayi yang tidak bersalah telah kehilangan nyawa, dan berpuluh ribu lagi mempunyai masalah kesihatan disebabkan pencemaran melamina dalam susu mentah di negara China. Apakah itu Melamina? Melamina adalah sebatian organik yang mengandungi peratusan nitrogen yang tinggi (66% nitrogen). Ia boleh terbentuk sebagai hasil metabolisme cyromazine (sejenis racun perosak) oleh haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya yang telah memakan makanan yang mengandungi racun perosak tersebut.

Adakah Makanan Tambahan Perlu?

Image