Sakit Tulang Belakang

16 November 2010

Jika anda bekerja di dalam pejabat yang memerlukan anda duduk selama 8 jam sehari, cara anda duduk menjadi sangat penting kerana cara duduk yang salah akan menyebabkan masalah kesihatan bahagian belakang dan pinggang. Apabila usia semakin meningkat, maka bahagian belakang pinggang akan mempengaruhi kemampuan seseorang untuk bergerak.

Bagi kebanyakan orang, penyakit ini merupakan satu masalah yang agak serius kerana pada masa ini kebanyakan orang duduk dalam pelbagai keadaan. Kita akan duduk semasa makan, memandu, bekerja, menonton TV sehinggalah semasa tidur.

Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan masalah sakit tulang belakang yang disebabkan oleh duduk dalam tempoh yang berpanjangan:

sakit tulang belakang
  • Posisi duduk yang paling sesuai ialah pada sudut 135ยบ antara kaki dengan tulang belakang. Bahagian bawah dan belakang badan hampir di bahagian dalam kerusi, kaki dan punggung bila menyentuh kerusi tersebut.
     
  • Berdiri setiap setengah jam untuk meregangkan badan atau berjalan-jalan untuk seketika.
     
  • Sentiasa meregangkan kaki. Ini dapat membantu mengelakkan pembekuan darah pada kaki. Pembekuan darah biasa berlaku dalam kalangan pengguna komputer pertengahan umur.
     
  • Meregangkan tangan, kaki, leher dan badan semasa duduk. Ini dapat menggelakkan badan berasa kaku.
     
  • Gunakan masa ketika muat turun fail yang besar di komputer untuk berjalan-jalan atau buat senaman ringan.
     
  • Jangan duduk dengan diam. Buat pergerakan sedikit, contohnya menggoyangkan kaki atau mengetuk kaki.
     
  • Bangun daripada kerusi dan meregangkan badan, mengangkat kaki atau sebarang aktiviti yang dapat membantu untuk bergerak.
     
  • Semasa duduk, punggung harus berada di paras yang lebih tinggi daripada lutut. Ini dapat mengurangkan tekanan ke atas tulang belakang lumbar.
     
  • Pilih kusyen kerusi yang diperbuat daripada bahan yang membolehkan pembahagian tekanan yang sama rata. Ini dapat meluaskan permukaan sentuh antara badan dengan kerusi.
     
  • Pilih kerusi mengikuti ketinggian dan keselesaan.
     
  • Jumpa doktor jika kesakitan berlarutan lebih daripada dua minggu.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment