Adakah Makanan Tambahan Perlu?

28 October 2010


Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan keperluan makanan tambahan termasuk ketiadaan penganmbilan vitamin didapati antara penyebab penyakit kronik. kajian tersebut merumuskan bahawa lebih daripada 80 peratus rakyat Amerika tidak mengambil keperluan harian buah-buahan dan sayur-sayuran yang membekalkan mikro nutrien yang penting.

ramai beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan penyakit bagi golongan berumur. tanggapan ini adalah tidak benar kerana amalan diet dan gaya hidup boleh menyebabkan perkembangan awal bermulanya penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain.

Makanan kita?
bagi masyarakat negara maju seperti Amerika Syarikat dan sebagainya, pengambilan makanan segera seperti makanan bergoreng dan minuman ringsn yang mengandungi gula yang tinggi telah menjadi sebahagian daripada amalan diet harian.

seorang ahli biokimia dari kanada, Lyle McWilliam, mengatakan makanan tambahan merupakan satu keperluan seperti insurans kesihatan peribadi. makanan tambahan adalah penting untuk mengekalkan mutu kesihatan.

beliau juga mengatakan orang ramai sukar memilih jenama makanan tambahan yang boleh dipercayai ekoran lambakan pelbagai jenis makan tambahan di pasaran. sebelum mengambil makanan tambahan, mereka perlu mengambil kira beberapa kriteria kerana khasiat bagi setiap makanan tambahan tidak sama. diantara kriteria tersebut ialah memastikan samada produk berkenaan mengandungi spektrum penuh nutrien dan berupaya menyerap rumusan bio yang dibolehkan. pengguna juga perlu mengetahui tahap potensi optimun bagi mengetahui keberkesanannya sebagai makanan tambahan.

makanan kesihatan tambahan yang lengkap hendaklah mengandungi semua vitamin dan mineral penting yang boleh bertindak untuk melambatkan percepatan proses penuaan dan serangan penyakit kronik.

menurut beliau lagi, terdapat 18 kriteria penting digunakan untuk menganalisis produk makanan tambahan seperti siap sepenuhnya, potensi, pembentukan mineral, kesihatan hati, kesihatan metabolik, potensi toksik, kesihatan penglihatan, kawalan radang sokongan antioksidan dan kesihatan tulang.

Maklumat entang Makanan Tambahan


pentadbiran makanan dan ubat-ubatan Amerika Syarikat (US FDA) mendefinisikan makanan tambahan berdasarkan Akta Kesihatan dan Pendidikan Makanan Tambahan 1994 sebagai produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan.

bahan-bahan makanan yang dimaksudkan termasuklah tunbuhan serta asid amino, vitamin, garam galian dan herba.

ia juga mengandungi gentian seperti enzim, tisu-tisu organ, grandular dan metabolit.

makanan tambahan ini juga menjadi ekstrak atau pekatan yang boleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul, gel lembut, kapsul lembut, cecair atau serbuk.

Kesan Sampingan


dua bahaya utama pengambilan makanan tambahan jika seseorang cuba mendiagnos sendiri, iaitu:
  1. tindak balas alahan seperti hipersensitif

  2. dos berlebihan — seperti hypervitaminosis iaitu pengambilan vitamin secara berlebihan yang boleh mengakibatkan gangguan pada sistem penghadaman.

bahan gantian yang boleh menyebabkan kerosakan kekakl jika diambil dalam dos yang banyak dan tinggi seperti;
  1. Asid nikotin — dikaitkan dengan kerosakan sel.

  2. Fosforus — boleh merosakkan organ-organ dan tisu.

  3. Zink — boleh merosakkan sistem pertahanan tubuh.

  4. Kromium pikonulat — boleh menyebabkan kanser.

1 comment

  1. forever-fesyenterkini.blogspot.com

    ReplyDelete