Makan Sambil Kerja Boleh Gemuk?

31 December 2010

Kebiasaan makan sambil menatap skrin komputer ternyata boleh membuat berat badan naik. Satu penyelidikkan terbaru di barat membuktikan hal tersebut.

Akibat kesibukan pekerjaan, banyak dari kita makan di depan komputer sambil mengerjakan urusan di tempat kerja. Satu penyelidikkan terbaru di barat membuktikan, kebiasaan tersebut ternyata meningkatkan selera kita untuk hidangan penutup (dessert). Akibatnya, berat badan pun akan tidak terkawal atau menjadi gemuk.

Dalam kajian di makmal yang disertai 44 orang lelaki dan wanita sebagai peserta, para penyelidik membuktikan fakta bahawa mereka yang makan sambil bermain game di komputer akhirnya akan makan lebih banyak kuih setelah 30 minit makanan habis, dibandingkan dengan mereka yang makan tanpa diselingi kegiatan lain.
Makan sambil bekerja
Alasannya? Para penyelidik mengungkapkan bahwa pengguna komputer kehilangan memori tentang makan mereka dan merasa kurang kenyang dibandingkan dengan kelompok yang makan tanpa gangguan. Ini menunjukkan, semakin mereka, makan sambil bermain komputer atau menonton TV mengaburkan ingatan kita akan makan sehingga dapat memberi efek nyata terhadap nafsu makan.

"Kami memiliki pemikiran bahawa penelitian ini menunjukkan jika memori untuk makanan memengaruhi jumlah makanan yang kita pilih dan apakah kemudian akan manghabiskan makanan berikutnya," kata salah seorang penyelidik Jeffrey M Brunstrom dari University of Bristol di Amerika.

"Waktu ingatan kita sudah hilang, lalu pada ketika waktu makan berikutnya, kita cenderung untuk memilih dan manghabiskan makanan dalam jumlah besar," jelas Brunstrom.

Penyelidik sebelumnya telah menyebutkan bahawa orang cenderung untuk makan lebih banyak ketika melahap di depan TV bukan di meja makan, mungkin kerana kita lebih memerhatikan layar daripada apa yang ingin perut "katakan".

"Kami tahu dari beberapa kajian menyatakan bahawa gangguan kegiatan ketika makan dapat meningkatkan jumlah dos makanan yang dihabiskan seseorang," kata Brunstrom. "Pada penyelidikkan ini, kami ingin melanjutkan penemuan tersebut dengan menunjukkan adanya impak dari melakukan kegiatan lain ketika makan" katanya lagi.

Penyelidikkan ini, yang diterbitkan dalam jurnal American Journal of Clinical Nutrition, melibatkan 44 relawan yang dibahagi dalam dua kelompok. Kelompok pertama, peserta diizinkan makan sambil bermain game solitaire di komputer. Sementara di kelompok kedua, mereka makan tanpa gangguan sama sekali dengan jenis makanan yang sama.

Tiga puluh minit setelah makan, kedua kelompok diminta mengambil sebahagian kuih dalam sesi "uji rasa" ketika mereka dipersilakan mengambil sebanyak mungkin hidangan manis seperti yang mereka inginkan. Mereka juga diminta untuk mengingat sembilan jenis hidangan yang mereka makan ketika makan, dan urutan di mana makanan tersebut dihidangkan.

Rata-rata para penyelidik menemui, kelompok peserta yang makan sambil main komputer bertambah 250 kalori dalam tubuhnya dari kuih yang mereka santap. Sementara rakan-rakan mereka lainnya hanya mengambil setengah darinya. Selain itu, mereka sukar untuk mengingat urutan di mana makanan itu dihidangkan.

Mereka juga dilaporkan merasa kurang kenyang setelah makan. Penemuan ini menunjukkan, meskipun tidak membuktikan bahawa efek pada ingatan seseorang mungkin menjelaskan keinginan untuk menikmati kuih lebih banyak kepada anggota kelompok yang makan di depan komputer.

Penyelidikkan ini tentu saja dilakukan dalam keadaan makmal yang dikendalikan. Apakah penemuan ini selalu benar di dunia nyata, di mana banyak faktor yang dapat mempengaruhi apa dan berapa banyak hidangan yang kita makan? Perkara itu belum diketahui.

Brunstrom mengatakan, dirinya dan rakan-rakannya seperjuangannya mempelajari pertanyaan tersebut secepatnya. Namun, untuk ketika ini, Brunstrom mengatakan, implikasi yang paling penting adalah bahawa kita harus menghindari makan sambil terganggu oleh kegiatan lain. Ini bermakna aktiviti makan dengan menjauhi dari skrin komputer dan skrin televisyen ataupun TV.

Jadi, bagaimana dengan gangguan yang tidak berhubungan dengan teknologi, contohnya
bersembang ketika makan malam atau membaca surat kabar ketika sarapan? Ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa hal tersebut juga akan menggagalkan diet Anda.

Sebuah kajian makmal menemui bahawa makan baik ketika menonton TV atau makan bersama kawan-kawan dapat meningkatkan pengambilan kalori untuk level yang sama, dibandingkan makan yang bebas gangguan, kecuali makan bersama orang yang asing. Penyelidikkan lain mengatakan, orang akan makan lebih banyak ketika mendengar rakaman cerita semasa makan.

Namun, Brunstrom dan rakan-rakannya mengatakan bahawa penemuan mereka menjadi sangat relevan dalam kehidupan yang berbasis teknologi saat ini, dunia "multitasking", ketika orang-orang sering makan di depan sebuah skrin. Bahkan, perkara itu juga terjadi pada kanak-kanak. Mereka melaporkan, sebuah penyelidikkan di Amerika Serikat menemukan fakta bahawa seperempat dari pengambilan kalori anak-anak berlaku di depan skrin TV.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment