Kafein merupakan alkaloid xantin yang ditemui pada tahun 1819, oleh seorang ahli kimia Jerman bernama Friedrich Ferdinand Runge. Perkara ini dianggap sebagai ubat perangsang psikoaktif, kerana akan mengaktifkan sistem saraf pusat. Ubat-ubatan psikoaktif berpengaruh untuk membawa perubahan kesedaran, suasana hati atau perilaku seseorang. Selain kopi, kafein juga ditemui dalam kekacang dan beberapa tanaman lain termasuk teh. Kafien juga dapat dihasilkan secara tiruan. Ketika ini, banyak painkiller, ubat diet, minuman kesihatan, ubat-ubatan, dan minuman ringan mengandungi kafein.
Kafein mempunyai pengaruh pada otak. Ia akan mengaktifkan sistem saraf pusat dan dengan demikian akan meningkatkan kewaspadaan. Oleh kerana itu, cara ini cukup efektif dalam menangkal rasa mengantuk dan keletihan.
Kesan kafein terhadap tekanan darah
Selain kesannya yang dapat merangsang aktiviti otak, kafein sememangnya telah menjadi subjek dalam banyak penyelidikan. Hasil penyelidikkan oleh ramai penyelidik menemui bahawa kafein menyebabkan peningkatan pada tekanan darah. Sejenis hormon yang disebut adenosine membantu melebarkan pembuluh darah kerana pengaruh kafein.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi berkafein secara berterusan biasanya memiliki tekanan darah tinggi daripada mereka yang tidak pernah minum sama sekali. Kafein juga mampu mendorong kelenjar pituitari untuk merangsang kelenjar adrenal dan menghasilkan hormon adrenalin. Peningkatan dalam rembesan adrenalin dapat meningkatkan tekanan darah.
Sebuah penemuan menarik dari penyelidikan terbaru menunjukan terdapat perbezaan besar tentang pengaruh kafein pada lelaki dan wanita. Kepada lelaki, ia dapat meningkatkan tekanan darah kerana kesan constrictive pada pembuluh darah. Ia juga berkaitan dengan peningkatan rintangan pembuluh darah ke aliran darah. Tetapi, kepada wanita ia menaikkan tingkat tekanan darah dengan meningkatkan aktiviti jantung, yang akan meningkatkan sirkulasi darah.
Terlalu banyak pengambilan kafein melalui kopi dan teh dapat menyebabkan ketagihan, dan jika berhenti secara tiba-tiba, mereka mungkin mengalami gejala seperti gelisah, sakit kepala, kurang tidur, dan keletihan. Selain mengandung kafein, kopi dan teh juga kaya dengan sebatian yang disebut dengan polifenol, yang dipercayai mempunyai pelbagai kebaikan kesihatan. Polifenol mungkin efektif dalam mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
Ringkasnya, sehingga sekarang measih belum ada hasil kajian muktamad untuk membantu mencapai kesimpulan lengkap tentang kesan kafein terhadap tekanan darah. Namun, umumnya besar kemungkinan terdapat kesan merbahaya dari kafein selain dari kebaikan untuk kesihatan dari sebatian lain yang ditemui dalam minuman seperti teh dan kopi, jika diambil dalam jumlah terhad.