Alat pemain MP3 boleh jejaskan pendengaran

18 November 2010


Dari 'walkman' pada tahun lapan puluhan sehingga alat pemain MP3 pada zaman sekarang, kebanyakan orang menggunakan alat pemain MP3 semasa menunggu bas dan LRT, berjalan, membaca, kerja, berlari dan malahan ketika tidur.

Hampir semua orang terutama kaum remaja memiliki satu alata pemain MP3 atau MP4, iPod atau pemain CD. Tambahan pula, kebanyakan telefon bimbit sekarang disertakan dengan fungsi pemain MP3. Ini memudahkan kaum remaja untuk mendengar alat pemain MP3 pada bilabila masa dan mana-mana sahaja mereka berada.

Mereka akan menghabiskan beberapa jam dalam sehari untuk mendengar kepada lagu kegemaran mereka secara kuat, secara sengaja ataupun tanpa disedari. Oleh itu, pemain muzik mudah alih kini memberikan satu ancaman yang besar terhadap kesihatan pendengaran kita terutama dalam kalangan remaja.

Faktor yang menjejaskan kesihatan pendengaran

  • Kadar bunyi
     
  • Masa yang digunakan untuk mendengar
     
  • Jenis fonkepala

Desibel yang tinggi akan mengakibatkan kehilangan pendengaran, namun ini juga bergantung kepada masa pendedahan. Jika pengguna mendengar kepada alat pemain MP3 pada kadar bunyi yang sederhana, jangka masa pendedahan tidak begitu menjadi faktor yang mengakibatkan kecederaan kekal. Contohnya, jika kadar bunyi ditetapkan pada 50% daripada kadar maksimum, anda boleh mendengar untuk seberapa lama yang anda mahu tanpa menjejaskan pendengaran.

Kerosakan pendengaran

  • Mendengar selama 8 jam pada desibel 85 akan menyebabkan kehilangan pendengaran yang ketara.
     
  • Mendengar selama 4 jam pada desibel 88 akan memberi kesan yang sama.
     
  • Kecederaan pendengaran akan berlaku pada desibel 100-105 dalam masa 8 hingga 15 minits.

Ketika alat pemain kaset dan pemain CD mudah alih digunakan, kebanyakan pengguna mendengar kepada satu kaset atau satu CD sahaja. Kini terdapat alat pemain MP3 yang mempunyai bateri yang boleh tahan selama 12 jam dan mampu menyimpan beratus-ratus lagu. Oleh itu, setiap kali pengguna mendengar alat pemain MP3, dia akan tertarik
untuk mendengarnya sehingga beberapa jam.

Di samping itu, teknologi yang canggih pada hari ini membolehkan pengguna untuk meningkatkan kadar bunyi tanpa gangguan. Alat pemain MP3 sekarang mempunyai fontelinga yang kecil. Dengan itu, bunyi muzik akan disalurkan dengan lebih dekat ke drum telinga, yang boleh menjejaskan pendengaran dengan lebih cepat. Fontelinga jenis ini dapat meningkat kadar bunyi sebanyak 9 desibel.

Melindungi pendengaran anda


Jika anda kerap menggunakan alat pemain MP3, langkah-langkah berikut boleh diamalkan bagi melindungi anda daripada ancaman kehilangan pendengaran:
  • mengurangkan kadar bunyi dan masa pendengaran. Jika anda menurunkan kadar bunyi, anda boleh mendengar dengan masa yang lebih panjang.
     
  • Jika anda bekerja, tinggal atau bermain di keadaan yang bising, anda hendaklah merendahkan kadar bunyi alat pemain MP3.
     
  • Menjalankan pemeriksaan tahunan telinga dengan pakar telinga. Berjumpa dengan pakar telinga jika anda mendapati sebarang perubahan kepada pendengaran anda.
     
  • Rehatkan telinga anda dengan berada dalam suasana yang senyap dan sunyi.
     
  • Kebanyakan kecederaan disebabkan oleh pendedahan yang berulang kali. Oleh itu perlu diwujudkan satu hari yang bebas daripada sebarang bising atau gangguan bunyi.
     
  • Fonkepala yang dipakai di luar telinga adalah lebih baik daripada fontelinga yang dipakai ke dalam telinga. Tapi, cara yang paling baik ialah mengguna fontelinga yang lebih canggih di mana ia akan mengasingkan bunyi bising di luar. Fon jenis ini membolehkan anda mendengar muzik dengan jelas pada kadar yang rendah.

1 comment

  1. lagi bahaya. guna telefon dekat ke telinga ngan guna hand free guna biasa lagi bahaya. sebab pendedahan kepada gelombang elektromagnet lagi tinggi.

    telinga efek dia sama je dengan guna earphone atau headphone. tapi lagi teruk tambah efek gelombang elektromagnet kepada otak. boleh membunuh sel otak. tak bagus untuk tumbesaran kanak². so jangan bagi budak kecik guna handphone.

    ReplyDelete