Kesan Nikotin Kepada Kesihatan

24 October 2012

Bahan tembakau yang digunakan dalam rokok mengandungi nikotin, iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan. Bagi mengelakkan kesan buruk akibat ketagihan nikotin itu, langkah pengcegahan dan kawalan hendaklah dilakukan.

Semua organisasi yang berkaitan kesihatan di dunia bersepakat bahawa produk berasaskan tembakau boleh menyebabkan ketagihan. Banyak kajian menunjukkan produk berasakan tembakau boleh menyebabkan ketagihan sebagaimana heroin, kokain dan alkohol.

Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan dan Khidmat Kamnusiaan Amerika Syarikat mendapati bahawa 5 peratus daripada pelajar sekolah tinggi yang merokok mengatakan mereka tidak akan merokok lagi lima tahun akan datang. Namun hakikaknya, 7 hingga 9 tahun berikutnya, 75 peratus daripada mereka ini masih terus merokok.


Setiap tahun, 20 juta orang cuba untuk berhenti merokok. Tetapi hanya 3 peratus sahaja yang berjaya. 70 peratus lagi mengatakan mereka telah begitu ketagih sehingga sukar untuk berhenti. Seterusnya 84 peratus penghisap rokok yang tegar berusia 12 hingga 17 tahun mengatakan mereka amat memerlukan atau telah bergantung hidup kepada rokok.

Kajian yang pernah dilakukan oleh Institut Antarabangsa Gallup pada tahun 1992 menunjukkan hampir dua pertiga remaja yang merokok itu ingin menghentikan tabiat merokok mereka dan 70 peratus pula mengatakan mereka tidak ingin cuba merokok sekiranya diberikan peluang sekali lagi.

Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment