Tips Penjagaan Bibir untuk Wanita

13 January 2012

Setiap kali kita melihat wajah seseorang, bibir merupakan salah satu dari bahagian yang tidak terlepas pandang. sebenarnya penampilan bibir amat penting sekali terutamanya bagi wanita. Bibir yang mengelupas dan kering akan membuatkan seseorang itu nampak selekeh atau tidak sihat.

Tahukah anda bahawa bibir sebenarnya sangat sensitif dan pelukan penjagaan yang sempurna? Lapisan bibir sangat nipis dan sensitif kepada cahaya matahari, bahan kimia, dan juga bahan-bahan lain yang mungkin terdapat dalam makanan atau minuman. Oleh itu elakkanlah dari memakai kosmetik yang mengandungi telalu banyak plumbum atau merokok yang boleh memberi kesan yang tidak baik untuk bibir anda.

Untuk memastikan bibir anda sentiasa sihat dan menarik, lakukanlah penjagaan seperti berikut :

  • Mengunakan lips balm/vaseline pada malam hari dapat memberikan nutrasi serta memperbaiki kulit bibir.
  • Bersihkan bibir anda setiap kali hendak mandi. Pastikan sisa-sisa kosmetik dibesrsihkan dengan sempurna dari bibir anda setiap kali sebelum mandi.
  • Gunakan pelindung pelindung UV untuk bibir anda setiap kali keluar dari rumah.
  • Gunakan moisturizer untuk mengekal kelembapan kulit bibir anda.

Semoga bibir anda sentisa sihat dan nampak menarik.

1 comment

  1. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete