Makanan Anti-kolestrol

21 November 2010


Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit kronik yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia. Penyakit ini seringkali dikaitkan dengan amalan pemakanan yang mengandungi banyak kolestrol. Berikut adalah beberapa jenis makanan anti-kolesterol yang boleh dimakan untuk mengurangkan kolesterol dalam badan.

Soya

Kacang Soya
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untuk mendapatkan susu kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian.Ia juga dapat menghindari penyakit jantung dan kencing manis. Soya memang kaya dengan kalsium dan Mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

Kuaci

Kuaci
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

Buah kering

Buah-buahan Kering
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta buah delima.

Epal

Buah Epal
Memakan sebiji epal serta meminum jusnya setiap hari adalah mencukupi untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanakkanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya
menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Ikan tuna

Ikan Tuna
Ikan tuna termasuk dalam sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain daripada salmon dan kembong. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Kacang tanah

Kacang Tanah
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

Kacang tanah kaya dengan lemak, . mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, telur dan kacang soya. Mempunyai rasa yang manis dan banyak digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih-muih.

Mangga

Buah Mangga
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber vitamin C yang lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

Vitamin ini juga bertindak sebagai antidote untuk penyakit seperti selsema. Luka menjadi sembuh jauh lebih cepat kerana radang yang menghalang karakteristik dari vitamin.

Kismis

Buah Kismis
Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

Oat

Oat
Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak.

Jambu batu

Buah Jambu Batu
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

Sumber: hidup-sehat.blogspot.com
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment