Posts

Bila Mula Membaca Keajaiban Taqwa

Ada buku yang kita cari. Ada buku yang cari kita. Dan Keajaiban Taqwa bukan buku yang aku rancang nak baca. Tapi entah kenapa, saat aku pegang dan buka halaman pertamanya… ada sesuatu dalam diri aku yang terus terdiam. Bukan kerana ayat-ayatnya tinggi atau susah difahami. Tapi kerana ia terlalu dekat. Terlalu benar. Terlalu menyentuh bahagian hati yang selama ini aku elakkan untuk tengok lama-lama. Selama ini aku sangka taqwa itu untuk orang yang sudah kuat. Untuk para ustaz, para alim, atau mereka yang sudah jauh dalam jalan ibadah. Aku sangka, taqwa itu adalah destinasi. Bukan perjalanan. Tapi bila aku mula membaca… aku mula bertanya semula pada diri: “Apa sebenarnya aku faham tentang taqwa selama ini?” “Adakah aku taat kerana takut… atau kerana cinta?” “Adakah aku tinggalkan dosa kerana malu pada manusia… atau kerana malu pada Allah?” “Adakah aku sedang menjauh dari maksiat… atau cuma menjauh dari rasa bersalah?” Buku ini tak beri aku jawapan segera. Tapi ia ber...

Sinopsis Filem Ibu Mertua-ku | P.Ramlee

Image
Gambar: Wikipedia

Ciri Isteri yang Mengundang Rezeki bagi Suami

Image
Menikah atau berkahwin adalah salah satu sunnah Rasullullah ï·º yang dapat membuatkan seseorang menjadi lebih baik dan lebih dekat kepada Allah. Dengan berkahwin seseorang akan mendapat kebahagian yang diberikan oleh Allah sebagai kenikmatan di dunia. Walaupun begitu ramai lelaki yang takut untuk berkahwin, antaranya kerana takut tidak dapat bertanggungjawab terhadap anak dan isterinya. Ramai yang takut berkahwin kerana bimbang jika mereka tidak mampu menanggung keperluan anak dan isterinya.

Tanda-tanda Sakaratul Maut Menghampiri

Image
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Khasiat dan Kelebihan Buah Oren

Image
Anda suka makan buah oren atau minum jus oren? Kalau ya, artikel ini pasti menggembirakan anda. Oren merupakan buah yang sangat popular, mudah diperolehi, dan harganya juga tidak terlalu mahal. Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Rahsia Jadi Ayah Berkesan

Image
BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts , Edisi Ketiga (1998), antaranya: Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan. Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Susu Ibu Khasiatnya Tidak Ternilai

Image
Kelahiran bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusukan bayi dengan susu sendiri adalah permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Susu Ibu Menyelamatkan Nyawa

Image
Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius. Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Mengapa tidak menyusu?

Image
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan mengendur.

Khasiat dan Kebaikan Susu Ibu

Image
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Susu Ibu Menguntungkan Wanita

Image
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman. Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser payudara dan juga ovari.

Pengaruh Kafien Terhadap Tekanan Darah

Image
Kafein merupakan sebatian xantin semulajadi yang boleh ditemui dalam teh, kopi, kacang dan banyak tanaman lain. Kandungan ini terkenal untuk merangsang otak dan meningkatkan kewaspadaan mental, selain itu banyak penyelidikan yang menunjukkan pengaruhnya pada tekanan darah.

Salah Siapa Kalau Banjir?

Image
'Kos pencegahan banjir' sebenarnya merupakan tanggungan pengguna. Kelewatan dan kemusnahan akibat banjir juga merupakan satu bebanan tambahan kepada pengguna. Perubahan cuaca menyebabkan fenomena banjir sukar untuk dijangka.

Hadapi Kenaikan Kos Hidup

Kenaikan harga minyak dan pelbagai bayaran perkhidmatan yang lain telah meningkatkan kos hidup pengguna. bagi pengguna yang berpendapatan tetap atau golongan pendapatan rendah, kenaikan kos ini meningkatkan perbelanjaan mereka. Jika perancangan tidak lakukan, mereka akan berhadapan dengan masalah kewangan kelak. Justeru itu, langkah penjimatan perlu dilakukan bagi menampung keperluan hidup dalam cabaran kenaikan kos hidup ini.

Kesan Alkohol Terhadap Kesihatan

Image
Setelah menjalankan kempen anti-merokok "Tak Nak", Kementerian Kesihatan kini mengorak langkah mengadakan kempen anti-alkohol pula. Ini bertujuan bagi memberikan kesedaran tantang bahaya alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihtan diri sekirangnya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya.

Kesan Nikotin Kepada Kesihatan

Image
Bahan tembakau yang digunakan dalam rokok mengandungi nikotin, iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan. Bagi mengelakkan kesan buruk akibat ketagihan nikotin itu, langkah pengcegahan dan kawalan hendaklah dilakukan. Semua organisasi yang berkaitan kesihatan di dunia bersepakat bahawa produk berasaskan tembakau boleh menyebabkan ketagihan. Banyak kajian menunjukkan produk berasakan tembakau boleh menyebabkan ketagihan sebagaimana heroin, kokain dan alkohol.

Kurangkan Penggunaan Petrol

Image
Sebelum ini apabila mengisi minyak petrol sebanyak RM30 untuk kereta dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta hanya dapat bertahan sejauh 150 kilometer saja. Mungkin ini disebabkan oleh kereta yang digunakan itu dikatakan sebagai "kuat makan petrol". Pengunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat. Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Cara Memahami Sifat Lelaki

Image
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan. Jadilah (bakal) isteri yang memahami sifat (bakal) suami anda… beberapa perkara yang anda perlu tahu.

Bahaya Penggunaan Plastik dan Gabus

Image
Plastik dan gabus digunakan sebagai bahan kemasan pembungkusan makanan. Namun begitu kedua-dua produk ini juga mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan tubuh. Salah satu penyakit yang boleh disebabkan oleh kesan sampingan ini ialah kanser. Tanpa memikirkan tentang risikonya terhadap kesihatan, kemasan makanan daripada bahan plastik mahupun styrofoam sudah pasti menjdai pilihan utama kerana ia lebih praktikal, ringan, dan boleh digunakan berulang kali. Tetapi kedua-dua jenis bahan ini dihasilkan daripada bahan yang dekenali sebagai dioctyl phthalate (DOP) yang menghasilkan zat benzen, suatu larutan kimia yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem pencernaan.

Download Link di Musafir Cyber

Image