Hadapi Kenaikan Kos Hidup

18 October 2013

Kenaikan harga minyak dan pelbagai bayaran perkhidmatan yang lain telah meningkatkan kos hidup pengguna. bagi pengguna yang berpendapatan tetap atau golongan pendapatan rendah, kenaikan kos ini meningkatkan perbelanjaan mereka. Jika perancangan tidak lakukan, mereka akan berhadapan dengan masalah kewangan kelak. Justeru itu, langkah penjimatan perlu dilakukan bagi menampung keperluan hidup dalam cabaran kenaikan kos hidup ini.

Berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh para pengguna bagi menjimatkan kos dalam kehidupan seharian mereka.

  1. Belilah peralatan elektrik yang menjimatkan dalam penggunaan tenaga.
  2. Periksa dan bandingkan kadar kecekapan tenaga (energy efficiency rating - EER) sebelum membuat keputusan membeli peralatan elektrik yang besar.
  3. Tanam sayur-sayuran, buah-buahan dan herba sendiri, tanpa menggunakan sebarang racun perosak.
  4. Asingkan sampah yang dijana akibat aktiviti harian dengan sisa-sisa yang boleh dikitar semula.
  5. Pilihlah minuman yang asli; jus buah-buahan dan air.
  6. Gunakan bekas kaca yang boleh digunakan semula untuk menyimpan makanan.
  7. Belilah dalam bentuk pukal. Ia lebih murah bagi seunit dan menggunakan bahan pembungkus yang kurang.
  8. Belilah sayur-sayuran tanpa meminta beg plastik.
  9. Elakkan penggunaan bekas plastik; Ia mahal dan sukar untuk dikitar semula.
  10. Pilihlah produk yang menggunakan bekas yang boleh diisi semula atau yang boleh digunakan semula.
  11. Sisa dapur boleh digunakan untuk dijadikan sebagai baja kompos.
  12. Belilah produk yang dibuat daripada bahan yang dikitar semula.
  13. Elakkan daripada menggunkaan stirofom.
  14. Pastikan terdapat sebiji mangkuk berisi air di sinki untuk membilas tangan dengan cepat semasa penyediaan makanan.
  15. Jangan biarkan air pili mengalir semasa menggunakan sabun untuk membasuh pinggan mangkuk.
  16. Perbaiki dengan segera pili atau paip yang airnya sentiasa menitik.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment