Kurangkan Penggunaan Petrol

23 October 2012

Sebelum ini apabila mengisi minyak petrol sebanyak RM30 untuk kereta dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta hanya dapat bertahan sejauh 150 kilometer saja. Mungkin ini disebabkan oleh kereta yang digunakan itu dikatakan sebagai "kuat makan petrol". Pengunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Lakukan panduan berikut bagi mengetahui punca tersebut.
  • Periksa tempat meletak kenderaan. Jika terdapat bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

  • Jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.


Terdapat beberapa panduan dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian.

Perhatikan kadar penggunaan petrol

Penggunaan petrol yang berlabihan bukan sahaja membebankan kewangan tetapi ia juga menandakan enjin kereta tersebut mungkin mengalami kerosakan.

Jika didapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah.

Kekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan larasan enjin.

Sikap dan cara pemandu

Gunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.

Apabila melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Membawa bebanan berlebihan

Perhatikan dalam but kereta, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambahkan beban enjin. Bawalah barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kerata dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment