Menjalani Kehidupan Tanpa Menggunakan Minyak

21 November 2010

Minyak telah menjadi seperti satu keperluan dalam kehidupan seharian. Tanpa minyak, kenderaan tidak boleh bergerak. Begitu juga dengan industri yang menjadikan minyak sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mesinnya.

Dalam keadaan harga minyak yang tidak stabil ini, satu kaedah perlu dicari bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber ini. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk mengurangkan penggunaan minyak dalam kehidupan.

Peranan individu

  • Berjalan, menunggang basikal, menggunakan pengangkutan awam, ataupun berkongsi kereta.
     
  • Jika perlu menggunakan kereta sendiri, gunakan kereta yang kurang menggunakan bahan api, seperti kereta hybrid, iaitu yang menggunakan petrol dan elektrik. Anda juga boleh menggunakan kereta yang menggunakan biodiesel atau gas asli kenderaan (NGV).
     
  • Periksa kereta secara berkala. Penalaan enjin dan tayar kereta yang mencukupi kadar anginnya dapat menjimatkan penggunaan petrol.
     
  • Tinggal di kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja.

Peranan kerajaan

  • Menetapkan sasaran bagi tempoh masa tertentu untuk mengurangkan penggunaan petrol dan gas pada tahap paling minimum.
     
  • Mengkaji semula pemberian subsidi secara langsung atau tidak langsung kepada industri minyak dan gas.
     
  • Menyediakan peruntukan secukupnya serta perlepasan cukai bagi projek penyelidikan bahan api yang boleh diperbaharui.
     
  • Semua kenderaan agensi kerajaan hendaklah menggunakan bahan api yang boleh diperbaharui.
     
  • Tingkatkan peruntukan menaiktaraf sistem pengangkutan awam.
     
  • Mewujudkan zon penjalan kaki dan memperkenalkan caj kesesakan di kawasan bandar utama.
     
  • Menetapkan kuota pengeluaran kereta yang menggunakan bahan api boleh diperbaharui bagi kenderaan tempatan.
     
  • Meningkat standard kecekapan penggunaan tenaga bagi kenderaan.
     
  • Menukar dasar tarif import bagi menyokong penggunaan produk tempatan.

Peranan sektor peniagaan

  • Syarikat gas dan minyak perlu memberikan komitmen untuk menukarkan operasi syarikat mereka kepada syarikat pengeluaran tenaga yang boleh diperbaharui.
     
  • Pengeluar kereta memberikan komitmen untuk mengeluarkan kereta yang mengguna hidrogen atau bahan api yang boleh diperbaharui secara besarbesaran.
     
  • Syarikat perlu menukarkan kenderaan mereka kepada kenderaan yang kurang menggunakan petrol.
     
  • Syarikat perlu memberikan insentif kepada kakitangan yang menggunakan pengangkutan awam.
     
  • Syarikat perlu memindahkan lokasi pejabat mereka berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam.
     
  • Industri plastik dan pembungkusan menukarkan penggunaan bahan berasaskan petroleum kepada bahan alternatif lain, seperti penggunaan ubi kayu bagi menghasilkan bekas makanan pakai buang.
     
  • Industri pengeluar pakaian menggunakan kanji sayursayuran dan serat semula jadi, seperti kapas dan bulu, derivatif minyak dalam produk mereka.

Sumber: The Ecologist, 1 Mei 2008, www.theecologist.org
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment