Konspirasi Theori Facebook

03 February 2009

Aku menulis kali ini sebab aku tertarik dengan satu post dari rohaizad dot com dalam post nya mengenai Dark Side Of Facebook. Sila baca dahulu apa yang telah di tulis oleh beliau.

terkejut bukan? Central Intelligent Agency atau lebih dikenali sebagai CIA adalah agency di belakang tabir Facebook. tapi itu lah hakikat nya. hanya dengan 'tiket' PERCUMA Facebook telah menjadi social networking No.1. malangnya aku juga terpedaya dengan dakyah mereka. terima kasih kepada rohaizad kerana telah membuka mata aku.

apa yang aku kesal kan di sini kita memberi maklumat peribadi kita kepada mereka tanpa mereka susah² mendapatkannya. lihat bagaimana mereka mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku kini. di sebabkan fenomena social networking yang begitu pesat berkembang seperti Friendster, Myspace, Tagged dsb. tapi kenapa Facebook?


Pertama — CIA telah menggunakan Facebook sejak Disember 2006 lagi untuk menrecruit pekerja ke dalam National Clandestine Service(NCS) untuk diserapkan ke dalam human intelligent service seperti CIA ,Federal Bureau of Investigation(FBI) dan pelbagai lagi Intelligent Agency. ini juga merupakan kali pertama CIA menggunakan social networking untuk mencari pekerja atau ejen baru.

jika anda mempunyai akaun Facebook anda boleh melihat sendiri CIA - Central Intelligence Agency. jika anda bimbang jika anda melihatnya dan akan di keep track oleh CIA ataupun anda tiada akaun Facebook boleh la melihat bukti di CIA website. dan gambar dibawah screen shot dari Facebook.



anda tidak boleh komen atau menulis pada 'wall' nya. kerana tujuan nya diwujudkan adalah untuk merekrut pekerja hanya untuk information sahaja. tetapi anda boleh jadi fan mereka.

Kedua — ramai yang tidak tahu sejarah penubuhan laman web social ini dan konspirasi nya. asalnya facebook bukan lah laman web social. ianya di cipta oleh Mark Zuckerberg pelajar Universiti Harvard yang berusia 23 tahun pada tahun 2004. ianya hanya laman web komuniti yang dilancarkan bertujuan untuk memudahkan rakan sekelasnya untuk berhubung. tetapi idea dan konsepnya telah dicuri oleh 2 rakan sekolej nya yang pada dasarnya bekerja untuk membangunkan projek social network nya itu. kemudian terhasil nya Facebook daripada source code yang dicuri itu.

kemudian Mark Zuckerberg menfail kan saman keatas Facebook melalui akta hak cipta intelek. entah macam mane kes tersebut digugurkan. kerana tidak cukup bukti kerana fakta yang diputar belitkan. tidak cukup bukti atau ada pihak yang mengeluarkan arahan? sama-sama kita menilai.

Ketiga — tahu kah anda siapa yang mengeluarkan dana yang menaja facebook ini. membuat promosi sehingga laman web ini menjadi social network No.1? first round ianya ditaja oleh bekas CEO Pay Pal, Peter Thiel sebanyak USD500,000. second round lagi dahsyat. USD12.7 million daripada Accel Partners. dan siapa pulak dibelakang Accel Partners ni? managernya merupakan bekas pengerusi National Venture Capital Association.

semua ini mempunyai kaitan dengan In-Q-Tel, dan juga Defence Advanced Research Projects Agency (DARPA). dan salah satu projeknya Information Awareness Office(IAO).

memetik daripada wikipedia mengenai Information Awareness Office:

"the IAO has the stated mission to gather as much information as possible about everyone, in a centralised location, for easy perusal by the United States government, including (though not limited to) internet activity, credit card purchase histories, airline ticket purchases, car rentals, medical records, educational transcripts, driver's licenses, utility bills, tax returns, and any other available data."

theori konspirasi yang ingin aku ketengahkan adalah Facebook merupakan topeng bagi IOA untuk mengumpulkan data. dan sangat menyedihkan kita sendiri yang memberi mereka data kita.

Keempat — pernah kita membaca Term & Condition sebelum register Facebook? memang menjadi kebiasaan bagi kita jika terjumpa term & condition kita akan cari check box untuk di klik.

memetik daripada Facebook's Term of use:
" by posting Member Content to any part of the Web site, you automatically grant, and you represent and warrant that you have the right to grant, to facebook an irrevocable, perpetual, non-exclusive, transferable, fully paid, worldwide license to use, copy, perform, display, reformat, translate, excerpt and distribute such information and content and to prepare derivative works of, or incorpoate into other works, such information and content, and to grant and authorise sublicenses of the foregoing. "

dan perenggan yang paling menarik sekali berada dalam Privacy Policy Facebook:
" Facebook may also collect information about you from other sources, such as newspapers, blogs, instant messaging services, and other users of the Facebook service through the operation of the service (eg. photo tags) in order to provide you with more useful information and a more personalised experience. By using Facebook, you are consenting to have your personal data transferred to and processed in the United States. "

menarik bukan? apakah maksud ayat terakhir petikan tersebut? sama-sama kita fikirkan kerana aku tak boleh bagi jawapannya. jika aku bagi mungkin besok black suit dengan earphones di telinga datang mencari aku.


menarik artikel ini? Ingin berkongsi dengan rakan² lain di Facebook? Share

27 comments

  1. waw kupasan yang menarik. aku mmg suka konspirasi ni hehe.

    ReplyDelete
  2. Conspirasi memang bes, tapi conspirasi sebegini buktinya susah hendak dikenalpasti. Walau bagaimanapun, kegiatan merekrut pekerja melalui laman web sosial seperti Facebook ini telah lama dijalankan oleh syarikat2 yang kebayakanya berpusat di Europe. Strategi yang agak menarik untuk mendapatkan perkerja2 baru..

    ReplyDelete
  3. nasib baik aku takder facebook ni... selamat

    ReplyDelete
  4. bukan facebook je banyak lagie...
    Bukan CIA aje..
    The whole secret bureau !

    ReplyDelete
  5. Sebab itu aku namakan KonspirasiTheori sebab kita tak tahu sejauh mane kebenaranya.

    hanya theori kalau kluarkan fakta jadi kecoh pulak.

    ReplyDelete
  6. nasib baik aku x register mane2 web social ni..
    tp mcm mane plak dgn blogspot??

    ReplyDelete
  7. yang tu tak tahu lagi. samada ade agenda tersembunyi atau tak. cuma yang aku tahu google beli blogger.com pada tahun 2002. tu je agenda lain cuba² la siasat. mane tahu ade.

    ReplyDelete
  8. haha..bgus gak khai gtau aku..xde kne tipu..

    ReplyDelete
  9. memang betul keyataan saudara tersebut.

    ReplyDelete
  10. Kupasan yang menarik.. lebih mendalam.. tahniah!

    ReplyDelete
  11. aku ade frenster jek.. maleh nk wat account kt social site lain..

    ReplyDelete
  12. Kalu dapat keje CIA gaji bnyk x?

    ReplyDelete
  13. Hahaha.. dorang tak panggil gaji. tapi salary

    ReplyDelete
  14. mungkin betul kot. hehe sehalanya berkemungkinan kan. hehe :)

    ReplyDelete
  15. bagi aku friendster tak nampak conspirasi dia lagi. sebab aku dah lama join friendster. dorang tak macam facebook. aku tengok facebook macam perfect je.. maksud aku system yang dorang develop mmg power bagi aku. siap guna teknologi ajax lagi. mane nak buat system yang power kalau takde dana tajaan?

    friendster pulak dari dulu lagi aku tgk asyik dok buat perubahan je. tambah tu tambah ini.

    aku ingat dulu ade "popular search in your network". aku suka jugak baca keyword yg dorang search. kadang-kadang kelakar. kadang-kadang lucah bunyinya. sekarang dah takde da function tu

    ReplyDelete
  16. ish ish ish... tak sangka laa

    ReplyDelete
  17. bahaya la ;
    aku memang minat konspirasi teori macam nih;
    hahaha!

    ReplyDelete
  18. Ha'ah sejauh mane kebenaranya sama-sama kita siasat. aku hanya kemukakan theori je.

    ReplyDelete
  19. Conspirasi nie..mmg bahaya tp bagi golongan bijak pandai..jgn la dedahkan biodata diri..
    dunia maya ni memperdayakan kita..not at all.
    apapun kna hati2 la..

    ReplyDelete
  20. ish.tak sangka tul.. apepun ni kupasan yg menarik. so jgn click terms and condition secara suka hati..baca dulu.. huhuu

    ReplyDelete
  21. hai,
    erm tu la kan,
    i da tak guna fcbook lg,,
    lgpun dah ada fster..mls nk layan, byk sgt laman sosial..

    ** encik tuan punye blog, i pinjam post u (link) so dat i bleh share kat kgkawan i..

    ReplyDelete
  22. Ok silakan. memang dialu-alukan…

    ReplyDelete
  23. erkkss.. gitew. ker... naseb baik xde facebook ade freidster jek.. lalalala selamat lagi laa kot

    ReplyDelete
  24. pandai-pandailah guna FB. seperti menjalankan dakwah islam, membangunkan islam dan utk mengekal & menjalin silaturahim..

    ReplyDelete