Beg Plastik atau Beg Kertas?
20 November 2010
Kertas atau plastik? Pilihan ini seolah-olah mudah untuk dibuat. Namun jika dilihat dari segi tempoh hayat dan kos bagi kitar hidup kegunaannya, ia memerlukan pertimbangan yang serius.
Kertas dihasilkan daripada pokok — melibatkan sejumlah pokok untuk kertas. Pokok yang baik ditandakan dan ditebang, sehingga menyebabkan masalah kerosakan habitat yang teruk dan kerosakan ekologi dalam masa panjang. Lebih kurang 3 tan kayu ditebang bagi menghasilkan satu tan palpa. Palpa tersebut dibasuh dan dilunturkan. Ini juga menggunakan beribu-ribu galon air bersih.
Jika ia dibuang, ia akan mengambil masa untuk lupus selama beberapa tahun. Tetapi jika dikitar semula, ia memerlukan beberapa kaedah. Kertas tersebut perlu diproses menjadi palpa terlebih dahulu, yang biasanya memerlukan proses kimia yang melibatkan sebatian seperti hidrogen peroksida, sodium silikat dan sodium hidrosida, yang bertujuan untuk meluntur dan memisahkan serat pada palpa tersebut.
Plastik pula lazimnya diperbuat daripada minyak, yang merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Plastik juga merupakan produk yang dihasilkan daripada proses penapisan minyak, yang diperolehi daripada empat peratus pengeluaran minyak mentah di seluruh dunia. Plastik boleh dikitar semula, tetapi ia bukannya mudah untuk dilakukan.
Kitar semula melibatkan meleburkan beg tersebut dan diproses semula menjadi plastik.
Berdasarkan analisis kitar semula, beg plastik menyebabkan pembebasan bawaan udara yang sedikit dan memerlukan tenaga yang kurang bagi setiap 10,000 beg plastik yang diguna. Namun begitu, beg kertas boleh menampung lebih banyak barang - daripada 50 peratus hingga 400 peratus, bergantung kepada kaedah memasukkan barangan tersebut.
Akhirnya, sama ada beg kertas atau beg plastik yang menjadi pilihan utama, beg yang boleh diguna semula perlu menjadi pilihan.. Daripada segi penggunaan tenaga, beg kanvas 14 kali lebih baik daripada beg plastik dan 39 peratus lebih baik daripada beg kertas.
Sumber: Treehugger.com July 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
aku pakai guni je.. haha..
ReplyDelete@Pisyek: aku pakai daun keladi je
ReplyDelete