Amalan Jimat Elektrik bagi Peti Sejuk

28 November 2010


Peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Apatah lagi, ia biasanya digunakan selama 24 jam. Oleh itu, jika ingin mengurangkan bil elektrik di rumah, kita perlu mengetahui cara untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik peti sejuk. Berikut beberapa kaedah yang boleh diamalkan.
  1. Cairkan air terbeku dengan kerap. Jangan biarkan air terbentuk melebihi 0.5 cm.

  2. Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat. Letakkan sekeping kertas satu ringgit dan tarik. Jika kertas boleh ditarik dengan mudah, maka gasket perlu ditukar.

  3. Untuk memastikan penyejukan yang baik, pastikan barangan makanan disimpan secara teratur. Pengaliran udara yang baik memastikan pengunaan tenaga dengan cekap.

  4. Tutup makanan yang berair. Kandungan air yang tinggi dalam peti sejuk akan menyebabkan kompresor berkerja keras.

  5. Jangan gunakan pelapik kertas untuk membalut makanan kerana kertas adalah penebat haba. Gunakan pelapik aluminium yang boleh diguna semula ataupun bekas 'stainless steel'.
  6. Letakkan peti sejuk jauh daripada sinaran matahari secara terus. Ini akan menaikkan suhu peti sejuk. Pada masa yang sama haba daripada koil kompresor mesti bergerak dengan senang untuk memudahkan proses penyejukan.

  7. Kerap bersihkan koil peti sejuk di belakang atau di bawah unit. Ini untuk memastikan peyejukan yang baik.

  8. Disebabkan peti sejuk membebaskan haba di bawah ataupun di belakang unit, pastikan terdapat ruangan yang mancukupi untuk aliran udara, lebih kurang 5 cm atau lebih.

  9. Jangan simpan peti sejuk yang melebihi 10 tahun kerana besar kemungkinan ia tidak cekap tenaga. Ini akan menyebabkan pembaziran tenaga.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment