Melindungi Keselamatan Kad ATM Anda

29 November 2010


Kad ATM memberikan anda akses ke atas akaun simpana anda di bank. Oleh itu, anda seharusnya melindungi kad ATM anda agar tidak hilang atau disalahgunakan. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan keselamatan kad anda:
  • Simpan kad ATM anda di tempat yang selamat, seeloknya di tempat yang sama supaya jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya dengan sertamerta.

  • Jangan tinggalkan kad ATM anda di tempat yang mudah dilihat orang sekeliling walaupun di rumah.

  • Hafal nombor PIN anda dan hapuskan sebarang makluman atau PIN yang diterima daripada institusi perbankan.

  • Jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada orang lain.

  • Jangan layan sebarang permintaan daripada pihak yang tidak dikenali yang menghendaki nombor PIN anda melalui telefon. Anda mungkin menjadi mangsa penipuan.

  • Maklumkan institusi perbankan dengan segera jika kad ATM hilang atau dicuri.

Sumber: www.bankinginfo.com.my
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment