Posts

Susu Ibu Menyelamatkan Nyawa

Image
Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius. Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Mengapa tidak menyusu?

Image
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan mengendur.

Khasiat dan Kebaikan Susu Ibu

Image
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Susu Ibu Menguntungkan Wanita

Image
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman. Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser payudara dan juga ovari.

Pengaruh Kafien Terhadap Tekanan Darah

Image
Kafein merupakan sebatian xantin semulajadi yang boleh ditemui dalam teh, kopi, kacang dan banyak tanaman lain. Kandungan ini terkenal untuk merangsang otak dan meningkatkan kewaspadaan mental, selain itu banyak penyelidikan yang menunjukkan pengaruhnya pada tekanan darah.

Salah Siapa Kalau Banjir?

Image
'Kos pencegahan banjir' sebenarnya merupakan tanggungan pengguna. Kelewatan dan kemusnahan akibat banjir juga merupakan satu bebanan tambahan kepada pengguna. Perubahan cuaca menyebabkan fenomena banjir sukar untuk dijangka.

Hadapi Kenaikan Kos Hidup

Kenaikan harga minyak dan pelbagai bayaran perkhidmatan yang lain telah meningkatkan kos hidup pengguna. bagi pengguna yang berpendapatan tetap atau golongan pendapatan rendah, kenaikan kos ini meningkatkan perbelanjaan mereka. Jika perancangan tidak lakukan, mereka akan berhadapan dengan masalah kewangan kelak. Justeru itu, langkah penjimatan perlu dilakukan bagi menampung keperluan hidup dalam cabaran kenaikan kos hidup ini.