bersyukur aku kepada yang Maha Pencipta kerana memberi aku kesempatan sekali lagi untuk mengupdate blog ini. selama ini aku biarkan blog ini sunyi tak berupdate. walaupun tak berupdate tapi trafic still lagi masih ok. kebanyakkannya datang dari enjin carian. Alhamdulillah…
anda membaca entri ini adalah kerana melihat tajuk entri ini kan. jadi untuk lurus ke titik (straight to the point) entri aku kali ini adalah berkaitan Nuffnang. untuk pengetahuan anda ini adalah entri pertama aku yang aku tulis pasal Nuffnang. bagi blogger anda semua tahu apa itu Nuffnang tak perlu nak di hurai panjang².
persoalannya betul ke kalau kita tayang prestasi Nuffnang anda anda menjadi tidak profesional sebagai blogger?
beberapa bulan yang lepas. blog update pasal dapat Buffered Earning(BE) dari Nuffnang agak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. sebenarnya aku suka entri-entri yang macam itu. itu menandakan syarikat pengiklanan yang popular di kalangan blogger telah mendapat pengiklan-pengiklan yang ramai. dengan kata lain duit untuk publishers sedang menanti. tunggu untuk grab je. blog yang mendapat banyak sambutan berpeluang untuk manjana pendapatan sampingan.
aku suka baca masa bulan puasa baru-baru ini. ramai blogger membuat entri yang bertajuk "Duit Raya dari Nuffnang" atau "Rezeki di bulan Puasa dari Nuffnang". sekarang pun ade lagi entri yang sedemikian.
persoalan yang timbul. berlagak kah? tak profesional kah?
okay dari segi positif entri-entri ini memberi semangat kepada blogger-blogger baru untuk mencapai apa yang mereka inginkan.sejak Nuffnang mula establish ramai blogger baru muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. kisah dan sejarahnya pernah aku tulis dalam entri lepas aku yang bertajuk Aku Bukan Seorang Blogger.
persoalan blagak atau tidak? kebanyakkan mereka tidak menunjukkan nilai sebenar yang mereka telah perolehi dalam RM kerana gambar yang di print screen telah diedit dengan menutup jumlah yang terkumpul. hanya bilangan BE dan metered earning je.
soal profesional pula tidak timbul kerana tiada garis panduan rasmi mengenai seorang blogger. tiada etika rasmi untuk seorang blogger. blogger juga tidak perlu mendaftar dengan kerajaan untuk menulis blog. tiada pertubuhan blogger yang mana anda perlu daftar untuk menjadi blogger profesional.
jadi anda sendiri yang fikir. anda sendiri yang menilai. pendekatan mudahnya adalah blog dorang. dorang punya suka. jangan suka jaga tepi kain orang!
tapi bila sebut je Nuffnang aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Nuffnang kerana telah beri aku pendapatan sampingan semasa aku online. prestasi blog ini Alhamdulillah setakat ini sudah dua cek berjaya aku cash out kan. sekarang tengah menunggu masa mungkin ujung bulan ini kot untuk cash out cek ketiga. tengah tunggu semua campaign CPM abes.
tapi aku ada satu lagi persoalan untuk gambar di atas.
Kat celah mana iklan nak muncul kalau ada 7 BE sekali gus?
dah lama aku nak tanya soalan ni. kalau banyak iklan CPM yang running kat celah mana iklan tu nak muncul. aku letak iklan kat 3 tempat, 3 saiz je. Leaderboard (LB), Sidebar (SS), ngan Large Rectangle (LR).
ini bermaksud walau pun dapat BE. tak semestinya kesemua 10 BE tu running. mungkin ada yang 'berehat' kejap. hanya iklan yang muncul sahaja akan dikira. so, takperlu la nak bangga dapat BE. hahaha… (gelak jahat)
p/s: aku tunjuk Nuff ni ada maksud. LOL!
tak kisah le. nak tunjuk ke tak BE ni.. tahniah .. banyak tu.. leh belanja aku coklat susu. hahha
ReplyDelete@zool: harap je banyak.. yang running cuma 3 dalam satu masa. kalau semua running.. huish. masyuknya
ReplyDeletewe have the same problem...
ReplyDeletepernah 1 of blog yangbro handle.. BE sampai 13 dalam satu masa...
peh T-T mana untung cam tue
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
@Bro Framestone: yeke... lagi la 13. celah mane iklan tu nak muncul. agak-aganya dorang buat shift kot? hahaha
ReplyDeleteTahniah Adam...
ReplyDelete