Aku Bukan Seorang Blogger

12 June 2010

Ya.. aku bukan seorang blogger. aku hanya seorang insan biasa yang menulis blog jika ada masa lapang. ya, masa lapang. aku hanya mengupdate blog jika ada masa lapang. tapi haruskah aku gelarkan diri aku sebagai seorang blogger. atau seorang blogger tu harus atau wajib update blognya sehari sekali, bak kata Zack Zukhairi dalam Realiti Konspirasi nya
rembat video klip Shahir AF8 dekat youtube, lepas tu google lirik lagu dia, bubuh bawah video tadi. Siap!
adakah itu seorang blogger?

setelah seminggu mencari cari jawapan aku tetap tak jumpa jawapan dia. macam mane ni? mungkin entry kali ini panjang sket.

Definisi Blogger

aku tak tahu. aku tak tahu definisi sebenar blogger. bagi aku, kau ada blog jadi kau adalah blogger. pening kepala aku memikirkan definisi blogger ni. jadi jika ada sesiapa tahu silalah bagitau aku. Talian hot line aku sentiasa terbuka dibahagian Komen.

ok aku gunakan pendekatan yang simple dulu. kemudian anda pikir pendekatan yang complicated plak untuk aku. pendekatannya mudah saja. dalam bahasa inggeris blogger adalah penulis blog. ini definisi bahasa inggeris edisi musafir cyber sebab aku tak bleh depend kepada Google Translate kerana dia translate blogger adalah blogger, takde beza beb.

jadi apabila penulis blog adalah blogger. maka jika anda mempunyai bog kemudian mem'Publish'kan sesuatu di blog anda, maka anda adalah penulis blog. dan jika ditranslatekan kepada bahasa inggeris. anda adalah blogger.

ok yang complicated anda fikir sendiri.

Aku Bukan Seorang Blogger

berbalik pula kepada tajuk kita pada hari. Aku memang bukan seorang blogger. kerana aku adalah seorang pelajar yang menulis blog. bukan seorang blogger macam mane aku nak menggelarkan diri aku seorang blogger sedangkan maksud blogger pun aku tidak tahu.

Situasi dunia blog pada satu ketika dahulu

tak perlu aku huraikan panjang-panjang. kepada mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia ini sudah pun menghuraikan berjela-jela mengenai isu ini. jika anda ingin tahu boleh meng'Google' dengan menggunakan keyword tertentu.

cuma baru-baru ini. aku ade bnyak terbaca pasal perbalahan antara blogger. persoalannya, kenapa dulu isu ini tidak timbul. dan kenapa pula sekarang timbul isu ini?

iya, memang tidak dinafikan bahawa blog-blog sekarang wujud seperti cendawan tumbuh. sekarang bilangan blog-blog yang berbahasa melayu semakin bertambah. ok jika di kenang balik blog dahulu, masa tu blogger takde lagi function follow and follower. agensi pengiklanan pun tak bnyak, yang ada pada masa itu pun hanya AdSense. tapi tak ramai yang join, sebab AdSense ditawarkan untuk blog yang berbahasa inggeris. anda tak boleh apply akaun AdSense dengan blog bahasa melayu.

aku pun tak follow sangat perkembangan agensi pengiklanan tersebut. so, melalui pemerhatian aku, Nuffnang nampaknya memcuba nasib untuk menjadi agensi pengiklanan pada masa tersebut, mencuba nasib di Malaysia. masa tu a few blog sahaja yang pasang iklan Nuffnang, the rest takde langsung iklan. menampakkan bahawa niat berblog tu adalah suci tanpa pengaruh wang (ayat xleh blah). selepas itu jugak la aku mula membaca entry-entry yang mengatakan dengan blog pun boleh buat duit.

jom kita kembali ke zaman Nuffnang baru nak UP kata orang. disebabkan baru beroperasi para pengiklan tidak lah ramai. susah nak tengok iklan Nuffnang untuk CPC Campaign. Syabas aku ucapkan kepada Nuffnang Malaysia kerana telah berjaya meyakinkan para pengiklan untuk mengiklan kan product mereka dengan Nuffnang.

ianya sangat jelas ketara jika diperhatikan melalui dunia blog. ok, pertama kalau dulu kita tengok iklan-iklan Nuffnang jarang kelihatan di blog-blog. sekarang majoriti blog dah ade running CPC. aku ingat dulu masa mula-mula letak iklan nuffnang. punya la susah nak nampak iklan. CPC pun susah apatah lagi CPM. sekarang, CPC running every blog (daripada pemerhatian aku). biasanya CPC akan aktif di blog pada pukul 12 tengah malam. aku tak tahu kenapa mungkin masa ni merupakan waktu di mana Nuffnang reset data. dan kesan nya CPC running. entah la kena tanya orang Nuffnang ni. CPC adalah Cost-Per-Click (sila take note)

kedua, kalau dulu sebelum CPM running kat blog kita, kita akan dapat email dulu menyatakan akan ada Campaign CPM akan berjalan (running) di blog kita. aku ingat lagi dulu, aku sangat berharap dapat email dari Nuffnang. tapi tak dapat-dapat sampai lah suatu hari aku dapat tahu bahawa Nuffnang takkan email kan kita untuk inform bahawa CPM akan berjalan di blog kita. masa tu aku dapat CPM pertama aku tanpa aku sedar, yela asyik tunggu email je. sedar-sedar dah lama CPM berjalan di blog cuma aku je tak tahu. sekarang, well tak payah aku cita panjang lebar. ramai dah dapat CPM berdasarkan bnyak blog yang aku lawat mengupdate dapat Buffered Earning. itu lah CPM kalau sesiapa yang tak tahu ape itu CPM.

Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada Nuffnang. antara kejayaan mendapatkan Advertiser sehingga boleh bagi CPM kepada ramai orang.

ok berkaitan follow-folower plak. teringat plak bahawa dulu tak ada fungsi I Follow U, U Follow I. kalau saudara-saudari, tuan-puan pernah dengar perkataan link exchange, bermakna anda dari generasi penulis blog yang lama. dimana ikatan antara blogger di eratkan melalui blog list.

sebagai contohnya, apabila anda terbaca blog yang anda rasa menarik dan bersesuaian dengan minat anda ataupun mempunyai persamaan minat dengan anda. biasanya mereka akan menawarkan untuk bertukar-tukar link. iaitu mereka akan menambah blog anda ke blog list atau blog roll mereka. begitu juga anda apabila persetujuan menukar link telah dibuat. anda perlu menambah link link mereka di blog roll anda. biasanya blog roll terletak di side bar blog anda. biasanya side bar akan di penuhi dengan senarai nama teman blog. jarang ada widget yang merapu tah ape-ape tuh.

tapi apa yang best masa tu pemilik blog menulis kerana minat. minat menulis atau minat terhadap sesuatu yang ingin dikongsikan dengan orang lain.

masa blogger.com memperkenalkan fungsi follower aku dapat rasakan akan ada perubahan dalam dunia blog, yela makin senang nak keep in touch. makin senang nak baca entry baru. tapi sekarang dah tersalah faham pula. macam paksa la pulak, kalau di baca kat shout box. I dah Follow U, Follow I balik ye... Erkkk?

Situasi dunia blog sekarang

stop baca entry ini dan mulakan blog walking. kalau tak tahu mane nak mula boleh check aku punya Blog List. tak payah aku nak huraikan lagi panjang lebar. anda yang menilai...

21 comments

  1. hehe.aku rase aku juga bukan seorang blogger
    hanya manusia yang suka menulis saja2 di waktu lapang
    aku letak je iklan nuffnang
    tapi macam tak paham apa fungsi die
    sian tak??
    haha

    ReplyDelete
  2. @En iLham: nama pun iklan kan. fungsi dia untuk mengiklankan barang / service. hehehe...

    yang penting niat...

    ReplyDelete
  3. dah mengikuti dunia blogger lama dah...tp start menulis dlm blog baru aje...terpanggil utk menulis krn kwn2 bising nak tahu perkembangan terbaru..jadi sejak itu jadi penulis blog...

    ReplyDelete
  4. tak payah nak nafikan dgn apa2 point..ku memang blogger..as simple as that

    ReplyDelete
  5. haha... besh bace entry nih.. terigt zaman2.. yg ko sebut sume tuh... skrang.. nih.. blog dah semacam friendster @ facebook, da things is.. mengenai folowwer nyer application.. aku xpnh letak langsung sape2.. hahaha... tp aku biar lak org follow aku, tuh kalo die sudi pun xde nak hajak2 ker ape [teruk gile :P] sbb kalo nak folo ker ape, ikot jek kat FB.. blog tetap sumthing yg precious~ huu~

    ReplyDelete
  6. bagusnye pndapat nie..org lama2 katakan..terima kasih yer bg pendapat nie..mijie pun bukan blogger..

    ReplyDelete
  7. salam,,'

    aku pon bukan blogger,,aku pon saja suka suka menulis...

    ReplyDelete
  8. jap nak komen jugak... apa guna jadi folower tapi tak jengok pon... diorang macam suka pada angka follower yang ramai tu padahal sekadar tempek nama ngan gambar je

    ReplyDelete
  9. mak ai...ini kira otai dah nie...hehehe...suka baca cerita orang lama...sekali menulis..berdesup ke jiwa...

    no komen tentang istilah blogger etc...selagi aku ada masa dan gila-gila untuk menulis..aku tulis...huhuhu

    ReplyDelete
  10. @Sir Marcello: takde la otai. dah lama ade blog tapi tak kosisten menulis. asyik busy je. kalau betul² konsisten boleh la kot nak panggil otai.

    heheheh =D

    ReplyDelete
  11. ni maksud blog yang aku cari di google: (dan maksudnya sangat banyak)
    "read, write, or edit a shared on-line journal"

    maksud blogger plak ialah orang yang menulis, membaca atau mengedit a shared online journal.

    sumber
    http://www.google.com/search?hl=en&defl=en&q=define:blog&sa=X&ei=jMQXTMKID8KfrAeqoJSbCg&ved=0CBIQkAE

    ReplyDelete
  12. @Azam: terima kasih untuk definisi tersebut.

    =D

    ReplyDelete
  13. kalau tanya wa, blogger itu org yg ada blog. muahahhahaha .. simple je kan? keh3x ..


    >>___<<


    mari hidop aman damai! woohooo

    ReplyDelete
  14. wow..bkan seorang blogger..mendalam gak maksudnye tu..haha..

    ReplyDelete
  15. blogger kelas atasan -> dirasakan sendiri oleh sesetengah pihak atau mereka yang dinaikkan menjadi taraf macam tu.

    blogger kelas pertengahan 1 -> rasa diri di arena alam maya sedang meningkat naik. samada cara baik atau buruk. tak semua orang terima.

    blogger kelas pertengahan 2 -> bebas. bebas. bebas.

    blogger kelas bawahan -> copycat

    blogger kelas bawahan -> perasan popular.


    =))

    nak jadi "blogger" ni memang dikhususkan pada orang yang bagi input 101% sajakah? atau sebarang jenis penulisan ? termasuk menterjemahkan perkataan "awak ialah you" dalam sesuatu entri?


    renung-renungkan.

    ReplyDelete
  16. @tirah watif: terima kasih.. ade kebenaran jugak tu. =D

    ReplyDelete
  17. salam dari abgreds.
    rasanya, tiada lagi kod etika diwartakan untuk seorang blogger. terbuka untuk perbahasan.

    ReplyDelete