Pantun Hari Raya Aidilfitri Versi SMS & MMS
30 August 2010
Selepas post yang lepas-lepas mengenai Pantun Hari Raya Aidilfitri dan Pantun Hari Raya Bagi Setiap Negeri. Kini Pantun Raya Versi SMS atau MMS just tuka SMS jadi MMS je senang. Bagi mereka yang nak menghantar SMS ayat yang best-best, boleh mencuba pantun.
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Buaya bukan sebarang buaya
buaya di bela dlm paya
salam ceria di hari raya
SMS murah dari kad raya…
Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri
salah & silap harap dimaafi
Roti sebuku petai sepapan
Daun ketupat daun palas
SMS pengganti kad ucapan
Tanda ingatan tulus ikhlas
Pasang pelita di Aidilfitri
nampak halaman berseri-seri
SMS diberi penganti diri
Segala silap mohon dimaafi
Kura-kura berjalan lambat
Anak kera melompat-lompat
Kadraya nak hantar dah tak sempat
Cara SMS pun dah kira selamat.
Tunggu-tunggu rayo dah dokek
Bakar lomang robuh ketupek
Nak hantar kadrayo dah tak sompek
Hantar SMS jo yang copek
Ketupat pulut diatas para
Hendak direbus ditepi perigi
SMS dihantar pengganti kadraya
Tanda ingatan di aidilfitri
Masak lemang sambil berdiri
Nak dimakan di Aidilfitri
Nak hantar kadraya posmen lak cuti
SMS ajelah yang boleh diberi
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kadraya tak sempat nak dihantar
Kiriman SMS pun bolehlah ya
Mercun dah berbunyi
Lagu raya dah berkumandang
Anak ayam dapat lari
Anak itik kena tendang
Kad raya malas beli
Hantar sms lagi senang
p/s : akan update setelah dapat SMS raya
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)