Pantun Hari Raya Aidilfitri

29 August 2010



tak sampai beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya. walaupun kita akan menyambut hari emerdekaan negara dahulu. tapi orang kata semangat nak raya tu lagi kuat. menyebabkan kita melupakan hari kemerdekaan. tak caya g keluar rumah tengok bape kerat je yang kibarkan jalur gemilang. ok sampai sini je cita pasal merdeka sebab semangat nak raya lagi kuat disini saya sertakan pantun raya untuk tatapa para pembaca sekalian. terdahulu saya dah hidangkan anda dengan pantun hari raya bagi setiap negeri versi lawak.

Hari Raya menjelang tiba
Ramai mencari pantun raya
nak buat sendiri takut nak cuba
cara yang senang

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Cantik sungguh bunga seroja
Duduk di bawah bulan bercahaya
Di Oversea atau di Malaysia sama sahaja
Semoga bahagia di hari raya

Ada mata pandanglah keindahan
Ada mulut berbudilah pertuturan
Ada hati berilah kesayangan
Ada salah silap silalah maafkan

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

versi lainnya:
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment