Membuat Fail Rahsia atau Secret File

21 May 2010



Ilmu ini mungkin boleh digunakan untuk menyimpan data yang rahsia dalam komputer tanpa boleh dibuka oleh sesiapa pun. ataupun untuk nak tunjuk terror kat kawan-kawan pun boleh jugak. untuk memudahkan pemahaman anda entri kali ini akan aku buat bergambar.

cara menyimpan data rahsia menggunakan notepad

Pertama buatkan satu fail notepad di Desktop anda. fail ini adalah fail dummy. buatkan seperti fail biasa sahaja nampak macam tak penting pun. contohnya create nama fail 'hudhud.txt' dan savekan lirik lagu M.Nasir. siap fail dummy anda.



seterusnya bukan Command Prompt samada dengan Start > Programs > Accessories > Command Prompt. ataupun Start > Run taip 'cmd' Enter.

navigate ke destop. kemudian taip 'notepad hudhud.txt:top-secret.txt'. ok penjelasan untuk command ini adalah nama fail yang berwarna merah adalah dummy files anda. dan yang berwarna biru adalah secret files anda.



anda akan dapati warning dari Windows yang menyatakan fail tidak wujud dan memberi anda pilihan adakah anda ingin create fail baru? Sila tekan 'Yes'



letakkan maklumat rahsia anda dalam notepad dan save


akhirnya tutup.

Bagaimana nak access fail tersebut?

hanya anda yang boleh access fail tersebut. sebab anda sahaja yang tahu nama fail disebalik dummy fail anda.

caranya senang saja taip balik command yang anda gunakan untuk buat fail rahsia tadi 'notepad hudhud.txt:top-secret.txt'

fail hudhud.txt adalah sebagai fail dummy atau entrance, laluan ke fail rahsia. jika anda buka fail dummy hudhud.txt anda akan lihat



dan jika dari command prompt anda taip 'notepad hudhud.txt:top-secret.txt' fail ini akan muncul



Perhatian: Musafir Cyber tidak akan bertanggungjawab keatas kehilangan data. Sila jangan delete dummy fail. kerana jika anda delete dummy fail anda tidak boleh access fail rahsia anda. sebab itu dummy fail dikenali juga sebagai entrance fail. jika anda delete dummy fail bermakna anda delete fail rahsia anda juga.

Nota: hanya berfungsi bagi Windows yang menggunakan sistem fail NTFS seperti XP, Vista dan 7

Selamat Mencuba!

8 comments