Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"
mari kita lihat lirik lagu ini rangkap demi rangkap. sungguh subjektif untuk aku explain everything. tapi aku akan beri idea secara umum, secara rawak.
Rangkap pertama
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
umat islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan dengan 73 mazhab. tetapi hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga. sedangkan kesemua mereka mengakui diri mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. tapi siapakah golongan itu? sila baca di SINI untuk penjelasan lanjut (pada perenggan² akhir).
Rangkap kedua
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Rangkap ini menceritakan kisah pengembaraan burung murai yang mencari Raja Simuraq. kisah ini berdasarkan syair lama Parsi yang bertajuk Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) yang di tulis oleh Farid ud-Din Attar.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makan dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
sumber: The Conference of the Birds
Rangkap ketiga
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
rangkap ini aku tak jelas sangat maksudnya atau aku sendiri tak dapat tangkap maksud yang tersembunyi. apa yang aku tahu bahawa di sini kita yang tentukan samada kita hendak melihat dunia dari mata burung atau menjadi katak di bawah tempurung. yang mana satu kita akan pilih pandangan dari atas yang dapat melihat keseluruhan atau dari dalam tempurung yang hanya boleh melihat dunia dari lubangnya sahaja. seperti entry lepas yang aku tulis mengenai perspektif kita dan juga mengenai pilihan kita.
seterusnya dalam kekalutan dunia ada peraturan yang dicipta tetapi malangnya peraturan itu sendiri yang menyebabkan kekalutan. apa pula yang anda telah buat. tak berbuat apa-apa sebab anda masih berada disini. rangkap ni serius aku tak paham, sesiapa dapat mencari maksud yang tersembunyi sila tinggalkan komen.
* UPDATE
maksud rangkap ini dari blog dkama
Menilai sesuatu dari sumber yang telah terbukti kebenarannya sudah tentu kita tidak akan sesat seperti Al-Quran dan Hadis... Atau menilai sesuatu itu mengikut perkiraan logik dari kotak pemikiran manusia yang terbatas ditambah pula dengan hati yang gelap gelita... Yang pastinya kita sentiasa ada pilihan di sini dalam membuat pertimbangan...
Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah... Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil... Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna... Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai... Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, Terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI...
(sumber)
Rangkap keempat
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Sang Algojo adalah nama orang yang menjatuhkan hukuman gantung. maksud dalam lagu ini adalah Malaikat Maut.
" Oh Malaikat Maut. Nanti dulu! Jangan kau ambil nyawaku. berikan aku sedikit masa untuk bertaubat. untuk menyatakan kalimah yang sebenarnya iaitu kalimah Syahadah. "
Rangkap terakhir
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"
rangkap korus ini adalah berdasarkan Mantiq Al-Tayr sila baca penerangan Kisah Matiq Al-Tayr untuk mengetahui ape yang di maksudkan dengan ayat "Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"
mendalam. *sedang kagum*
ReplyDeleteSemua lagu M.Nasir mempunyai maksud dan nilai-nilai keagamaan contohnya seperti lagu Aduh Saliha.
ReplyDeletebanyak lagi jika kita hayati betul2 lirik lagunya ada maksud tersembunyi yang diselitkan di dalam nya.
@.millalara.: betul sungguh mendalam maksud lagu ini. tapi ade bahagian aku aku tak betul2 pasti lagi ape yang M.Nasir maksudkan
ReplyDeleteAnonymous: betul tu. boleh katakan semua lagu nya mempunyai maksud yang tersirat. aku ingat lagi duet M.Nasir ngan Mawi Lagu Mantera Beradu. berfikir sejenak aku.
wahh..sangat hebat ya mentafsir lagu.. bagus3 hehe
ReplyDelete@ieQa sWetLuv: takde la hebat. cuma berkongsi sahaja
ReplyDeleteok aku sambung kat rangkap yang ko tak paham tuh... Lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung yang mana satu engkau pilih... yang tu ko dah jelaskan... "Dalam kalut ada peraturan" maksudnya masa zaman jahilian keadaah sangat kalut dan Nabi lahir n bawak satu peraturan... "peraturan cipta kekalutan" maksudnya peraturan zaman sekarang ialah peraturan ciptaan manusia sendiri yang membawa kepada kekalutan... so nampak 2 situasi yang berbeza..."di mana pula kau berada.. di sini" maksudnya kita berada di zaman ni...
ReplyDeletePEACE bro aku suka n3 ni...
Assalamu Ala Man ittaba'a' al-huda
ReplyDeleteSebenarnya pengertian hud-hud mencari raja simuragh di maksudkan kepada 30 orang wali abdal yang sentiasa wujud di dunia ini. bila seorang meninggal diganti lagi oleh orang lain.
@Muhammad: Terima kasih untuk ilmu tersebut ye.. baru saya tahu.
ReplyDeleteaah.aku pun tengah kagum'ing' ni.gile ahh siap huraikan satu2.patut aa lirik dia mendalam ek.lagu dia pun banyak lirik aku tak paham tapi rupa2nya ada maksud tersirat.great job!
ReplyDeletelagu m nasir banyak maksud kan
ReplyDeleteuhu...mendalam masudnya........lagu ni :) kajian yang baik...hehehe:)
ReplyDelete@mudz: pendapat yang bernas.. rangkap tu mmg mempunyai maksud yang luas. aku pun tak tahu ape yang dimaksudkan oleh M.Nasir pada rangkap tersebut.
ReplyDeleteSemua lagu M.Naisr ada maksud yg tersirat...bukan setakat lagu dia cuba check lagu kumpulan Search dan Wings. Lucu dulu Amy cakap dia tak pernah nak ambil tahu tentang lagu Mentari Merah DiUfuk Timur...dia main nyanyi je...skg baru dia faham...Kita mesti ingat M.Nasir, arwah Loloq dan Bob Lokman ilmu penulisan dia lain sikit...
ReplyDelete@Adam: errata. Mantera beradu dgn malique. Apa pn thaks tuan tanah kongsi ilmu
ReplyDelete@tmukmkd: oh my mistake :D. betul tu dengan malique bukan mawi.
ReplyDeletethanks betulkan. hampir tak sedar...
salam,
ReplyDeleteLihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
di sini,mungkin maksudnya adalah diri sendiri...
tak perlu angguk2 geleng2,tapi berdiri "di sini"...
percaya atau tak,
ikut atau tak pada peraturan yang mengkalutkan langkah2 kita...
terpulang...
tetapi penulis bertanya dan menjawab...
betapa berpusingnya pun dunia,berdirilah 'disini'...
tiada siapa yang boleh memaksa anda untuk berbuat sesuatu...maka berdirilah 'disini'...
@Adam:
ReplyDelete73 kaum mengaku islam tetapi hanya islam yg iklas sahaja yg sampai.
ReplyDeleteKebanyakkan manusia mencari cari penciptanya sedangkan 30 juzuk al quran adalah kebenaran darinya.
Pilihan di tangan kita
Ya Tuhan, izinkanlah aku memberi peringatan yg sebenarnya
Yg benar itu adalah Al Quran yg datang dari TuhanNya
Hud hud itu bukan manusia dan bukan jin
Dia lah yg membawaku kepadaNya
Islam itu maksudnya berserah diri pada ALLAH
Iklas itu maksudnya terserah kepada ALLAH
Hanya islam yg iklas akan sampai kepada ALLAH
Al Quran itu dari ALLAH dan jalan yg lurus menuju ALLAH
Siapa pun kita, d mana pun kita tidak dapat menolak takdir ALLAH
Jika kita redo kepada ALLAH maka ALLAH pasti meredoi kita.
Ya ALLAH permudahkanlah segala urusanku.
InsyaALLAH.
Alhamdulillah.. karya agung
Delete