Membuat pilihan bukannya mudah

09 January 2009

Rentetan dari post yang lepas mengenai Dilema antara dua pilihan. macam-macam jawapan yang ade. tapi jawapannya antara dua je. jika tak korbankan anak korbankan mak. walaubagaimanapun semua ade sebab tersendiri untuk memilih siapa yang perlu dikorbankan.

apa yang aku dapat belajar dari cerita ini ialah kita takkan dapat buat keputusan dengan fikiran yang tidak tenang atau dalam keadaan tekanan yang tinggi. sebab itu keputusan yang paling baik dibuat masa pikiran tenang dimana otak boleh berfikir dengan sangat waras.

tetapi dalam kes tersebut lelaki itu terpaksa membuat keputusan yang pantas untuk menyelamatkan satu nyawa daripada kehilangan kedua-duanya. ini adalah salah satu contoh bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

okay, dukerobin dah tak sabar-sabar nak tahu ending cerita ini.

Seperti yang zamz katakan mengenai agama. bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. manakala bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

memang betul, dua-dua adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

kenapa ia boleh berlaku seperti demikian?
dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, ini dikenal dengan "dosa warisan" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). sebab itu bayi yang baru lahir perlu dibaptiskan.

doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka kerana dosanya belum sempat ditebus.

manakal dalam ajaran Islam pula, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

tetapi apa yang aku paling sedih dalam cerita tersebut, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. cuba bayangkan jika doktor itu beragama krisian?

"Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya."

di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita..

itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. jika kita lihat di hospital-hospital sekarang kebanyakkannya doktor non-muslim.

sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
  1. meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?
  2. untuk lunch dahulu, atau solat zohor dahulu?
  3. setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
  4. ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
  5. menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
  6. hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
  7. dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ilmu. mudah-mudahan kita selamat di dunia & di akhirat.
Wallahu'alam.

4 comments

  1. akak setuju sangat, bila jiwa tenang, baru keputusan yang diambik tu betul dan tepat

    ReplyDelete
  2. yep,betul.kite slalu ikot perasaan n tak berfikir dgn waras.at last,kite regret.tp sush jugak kan,lau dpt dua pilihan yg kite sndiri tak tao nk pilih..

    ReplyDelete
  3. waaa..sy sgt susah nk wat keputusan..even nk pki baju ape pon lame duk pk.. :P

    ReplyDelete
  4. nasihat membina...berfikir aku sjnak

    ReplyDelete