Dilema antara dua pilihan

06 January 2009

semua orang pernah mengalami perkara ini. tetapi adakah anda membuat keputusan yang tepat? pilihan.. orang kata hidup ini adalah mengenai membuat pilihan. kita sentiasa ada pilihan. kerana pilihan kita sekarang akan memberi kesan kepada masa depan. tetapi jangan takut untuk membuat pilihan. kerana semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz (tak pasti betul ke ejaan melayu dia macam ni).

Ada satu cerita pasal membuat pilihan. Ikuti kisah ini

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ...?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya

jika anda ditempat lelaki ini siapakah yang perlu dikorban kan?

14 comments

  1. sy akan pilih utk selamatkn wife tu.

    ReplyDelete
  2. apsal dia tu suruh doktor tu pilih..

    patutnya dia pilih isteri sbb anak yg belum dilahirkan tu bersih dari dosa...insyaallah terus ke syurga

    kalau dr tu agamanya kristian..dia akan pilih anak sbbnya anak tu belum dibaptiskan manakala isterinya sudah dibaptiskan

    ReplyDelete
  3. errr... baik pilih 2 dua sekali.. klu bleh la.. tapi pilih la si ibu.. kerana si anak xdpt tanpa si ibu.. klu dia besar pun kekurangan kasih syg.. lagipun x semesti nyer seratus percen anak yg lahir tu bile besar jadi imam.. so baik pilih si ibu.. bleh lahirkan anak lagi.. lagipun cinta pada yg satu.. klu pilih anak pun.. si suami xdpt nk teruskan hidupkan.. so pk la.. lagipun keputusan tu mmg kejam.. kami lelaki.. kadang2 isteri no.1 anak no.2 kuarga no.3.. agama islam ttp dijunjung.. kena igt dugaan ade di mane2.. so hadapi la dgan tenang..pk sedalam2 nyer...

    ReplyDelete
  4. pilih wife,anak leyh dpt lagik lau de rezeki..
    lagipun,somi mmpu ke idop dgn anak semate2 tnpe isteri..

    ReplyDelete
  5. bagi pendapat saya..
    pilih isteri kerana baby boleh usahakan lagikk
    hmm baby tu akan masuk syurga...

    ReplyDelete
  6. Kalau aku... aku pilih selamatkan wife.

    Insya-Allah kalau ada rezeki isteri blh mengandung lagi. Tapi wife walaupun kita ganti tak akan sama

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. bagi saya, saya pilih wife sebab wife boleh melahirkan lagi anak lelaki tersebut..

    ReplyDelete
  9. next post aku gtau ape pilihan aku. hehehe. tapi aku nak dengar pendapat korang dulu.

    ReplyDelete
  10. Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya

    so apa ending cerita nie? kalu saya biarlah selamatkan wife, ada rezeki boleh cuba lagi lain masa

    ReplyDelete
  11. kalu aku lelaki,aku akan ckp
    selamatkan isteri sy!..
    anak kemudian boleh buat balik...
    rezeki tuhan bagi...
    isteri sy 1 dlm sejuta...
    sukar utk dijumpai ;]

    ReplyDelete