Minuman Soda Tingkatkan Risiko Kanser

15 October 2010


Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang sering minum minuman soda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap penyakit kanser kerongkong. kajian ini mendapati wujudnya perkaitan rapat diantara peningkatan jumlah peminum minuman ringan berkarbonat dan pertambahan jumlah kes kanser kerongkong dalam tempoh 20 tahun.

kajian ini juga menunjukkan tabiat minum terlalu banyak minuman berkarbonat memdedahkan diri peminumnya kepada kandungan asid. secara purata kajian itu mendapati peminum minuman ringan berkarbonat terdedah kepada 32,000 minit pendedahan asid dalam setahun

kanser kerongkong merupakan kanser yang sukar untuk dirawat. 90% daripada penghidapnya berkemungkinan akan meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun selepas didiagnosis. minuman berkarbonat mempunyai banyak kandungan gula. ia bukan sahaja manjadi faktor penyebab kanser, juga meningkatkan kadar insulin yang kemudiannnya membawa kepada pelbagai kesan kesihatan. Oleh itu, mengelakkan kandungan karbonat dalam pemakanan merupakan langkah penting mengoptimunkan kesihatan.

selain daripada itu, menjadikan kadar insulin pada paras normal merupakan langkah yang perlu dilakukan. ini bukan sahaja dapat meningkatkan keupayaan kesihattan, mengurangkan risiko penyakit kronik lain seperti kegemukan dan kencing manis.

ada yang mengatakan bahawa minuman diet atau gula tiruan dapat dijadikan sebagai pangganti gula. ini merupakan tanggapan yang silap. gula tiruan seperti aspartame dan sebagainya turut boleh membahayakan kesihatan.

sumber: www.mercola.com
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment