Apabila membeli-belah, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli membuat keputusan sebelum membeli. Antara faktor tersebut ialah iklan, sama ada melalui media massa atau yang terpapar dengan banyaknya di pusat-pusat membeli belah.
Oleh itu, seseorang perlu membuat pertimbangan waras apabila melihat sesuatu iklan.
Tanyakan diri terhadap iklan
- Adakah iklan itu menarik emosi? adakah ia benar-benar bermakna.
- Apakah ciri-ciri istimewa produk itu?
- Apakah ciri-ciri ini benar-benar penting?
Ketika mendengar atau melihat iklan-iklan
- Sedar akan penipuan dan pengeliruan dalam iklan.
- Berhati-hati dengan iklan yang mengelirukan (iklan yang membuat tuntutan yang tidak munasabah tentang sesuatu produk atau perkhidmatan).
- Baca huruf bercetak halus atau dengar dengan teliti
Membuat keputusan untuk membelanja wang
- Adakah barang tersebut benar-benar diperlukan?
- Adakah ia berpatutan dengan masa yang digunakan untuk menghasilkan wang bagi membayarnya.
- Adakah terdapat penggunaan yang lebih baik untuk wang itu pada masa ini?
Membuat keputusan tentang barang apa untuk dibeli
- Apakah tahap kualiti yang dingini - rendah, sederhana atau tinggi?
- Berapa banyaj yang mampu dibeli?
- Patutkah menunggu sehingga terdapat jualan murah untuk barang yang dikehendaki?
- Patutkah memilih satu barang dengan jenama yang terkenal, walaupun harganya lebih tinggi sedikit?
- Adakah seseorang yang dikenali telah memiliki barang jenis intu untuk dijadikan sebagai rujukan?
- Terdapatkah waranti dan/atau kontrak perkhidmatan atas barang ini? Jika ya, adakah ia setanding dengan waranti dan kontrak perkhidmatan atas barang yang serupa?