Jimatkan Setiap Titisan Air

21 October 2012

Air adalah suatu anugerah alam yang paling berharga. Namun ia sering dianggap seolah-olah sebagai suatu sumber yang tidak akan kehabisan dan sering diambil mudah serta dibazirkan. Sebagai suatu langkah berjimat cermat dan mengurangkan bil air, kita boleh mengamalkan panduan berikut.

Memeriksa sama ada terdapat kebocoran

Kebocoran menyebabkan pembaziran air dan meningkatkan bil bulanan. Pemeriksaan yang kerap mengenai kebocoran hendaklah dilakukan seperti berikut:
  • Periksa pili dan paip semada terdapat kebocoran.
  • Pastikan tangki tandas tidak melimpah.
  • Tutup semua paip di rumah dan periksa meter air.
  • Sekiranya meter masih lagi berjalan maka ia menunjukkan berlakunya kebocoran.
Petunjuk-petunjuk berlakunya kebocoran saluran paip bawah tanah di rumah ialah:
  • Terdapatnya kesan lembap di kawasan tanah di mana terdapatnya saluran paip.
  • Berlaku kekurangan bekalan secara tiba-tiba. (Tidak disebabkan oleh gangguan bekalan saluran utama).
Jika kebocoran dikesan, tutup "stop cock" yang terdapat di meter air dan hubungi tukang paip berlesen untuk membaiki kebocoran itu dengan segera.

Hentikan titisan.

Titisan air yang laju dari paip dapat membazirkan air sebanyak 3,00 liter sehari! Pembaziran ini dapat dielakkan dengan:
  • Menutup paip dengan kemas.
  • Tukar sesendal.
  • Periksa pemasangan paip.

Tandas

Purata sebanyak satu pertiga daripada penggunaan air di rumah adalah untuk mencucur tandas. Tandas lama menggunakan sebanyak sembilan liter air atau lebih pada setiap cucuran. Tandas baru yang telah dikuatkuasakan penggunaannya, menggunakan tidak lebih dari enam liter air untuk setiap cucuran. Sekiranya anda bercadang untuk menukar tandas, pastikan tandas baru menjimatkan penggunaan air.

Jimatkan air semasa mandi

Banyak air yang dapat dijimatkan semasa mandi jika:
  • Menghadkan masa mandi
  • Mangawal penggunaan air semasa mandi.
  • Menutup paip semasa menyabun badan.

Jimatkan air semasa di dapur

  • Cuci sayur dan daging di dalam singki yang dipenuhi air separuh muatan. Air dapat dijimatkan sebanyak lima belas kali ganda berbanding dengan penggunaan air paip yang mengalir.
  • Jika mencuci pinggan dengan cara yang sama, penjimatan penggunaan air sebanyak tujuh kali ganda.

Membasuh pakaian

  • Gunakan muatan penuh semasa membasuh dengan mesin pembasuh.
  • Apabila membasuh pakaian dengan menggunakan mesin pembasuh, gunakan dengan muatan penuh kerana jumlah penggunaan air adalah sama banyaknya sama ada bagi muatan penuh ataupun separuh.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment