Mengunyah Makanan Lebih Lama Mujarab Mengurangi Berat Badan

19 August 2011

Banya kajian menemui, bahawa mengunyah makanan lebih lama dapat membantu mengurangi berat badan. Salah satu hasil kajian tersebut diperoleh dari para penyelidik di Harbin Medical University yang telah menemukan fakta bahawa mengunyah lebih baik daripada berbicara.

Perkara itu telah dibuktikan oleh eksperimen yang melibatkan sukarelawan, mereka perlu mengunyah setiap gigitan sebanyak 40 kali. Ternyata, perkara itu justeru memungkinkan untuk menyerap kurang kalori sebanyak 12 peratus.

Teori bahawa semakin lama anda mengunyah, semakin rendah kemungkinan anda untuk makan berlebihan, bukanlah perkara baru. Ramai ilmuan mendakwa bahawa makan tengahari dengan santai memberikan otak lebih banyak waktu untuk mendapatkan signal bahawa perut sudah penuh. Hal ini juga mengurangi paras ghrelin, hormon rasa lapar.

Menyunyah makanan lebih lama mampu mengurangi berat badan
Para doktor dari Harbin telah menguji teori mereka pada 16 orang langsing dan 14 relawan obesiti. Ternyata ada perbezaan cara orang gemuk dan ramping mengunyah. Terlepas dari kenyataan bahawa orang berat badan berlebihan mengunyah pada kecepatan yang sama seperti mereka yang ramping, mereka menelan makanan lebih cepat.

Eksperimen selanjutnya melibatkan para sukarelawan yang diberi beberapa hidangan kuih. Mereka diminta untuk mengunyah dengan baik, pertama 15 kali, dan kemudian 40 kali. Ketika mereka sedang mengunyah lagi, mereka mengambila kalori kurang 12 peratus, terlepas dari masalah pertambahan berat badan mereka.

1 comment

  1. Bila kunyah banyak2 kali, makanan tu lebih nikmat rasanya. saya buat time ingat je sbb dh terbiasa kunyah skejap2 T.T

    ReplyDelete