4 Cara Memaksimakan Pemikiran Positif

17 August 2011

Berfikiran positif memiliki sejuta manfaat, termasuk di antaranya terhindar dari penyakit jantung, umur lebih panjang, dan awet muda. Jika ingin merealisasikannya, berikut antara cara yang boleh anda cuba.

Menzahirkan fikiran positif dalam diri tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan jasmani, tetapi juga rohani. Hakikatnya, anda pun akan merasakan titik kesejahteraan yang harmonis baik dalam hubungan spiritual, fizikal, kewangan, dan intelektual.

Strategi terbaik untuk membangunkan sikap mental positif adalah dengan banyak meningkatkan rasa bersyukur.

" Jangan mencari perkara yang tidak kamu miliki dalam hidupmu kerana justru tidak akan memiliki apa-apa "

Ya, selama ini kebanyakan dari kita memang terlalu sibuk mencari perkara yang tidak kita miliki dan cenderung mengabaikan apa yang kita miliki. Hasilnya, kita banyak menyesali diri sendiri. Tentu ini merupakan suntikan negatif yang akan membuat seseorang menimbulkan perasaan yang selalu saja merasa kekurangan.

Mari kita bersama-sama mengetengahkan sifat positif dalam diri kita melalui cara-cara berikut.

Miliki cita-cita yang jelas


Cita-cita jelas yang dimaksudkan yakni anda memiliki visi. Anda perlu mengetengahkan perkara yang lebih penting dalam hidup sehingga ada prioriti yang dituju dalam hidup Anda.

"Cara terbaik untuk melakukannya adalah tetapkan tujuan anda sekarang, lalu abaikan perkara yang tidak penting, buat perangcangan dan lakukan."

Kenali diri


Dengan mengenali diri sendiri, kita pun jadi lebih mengetahui keperluan serta kemampuan kita. Cara yang dapat anda lakukan iaitu mengamati sumber fikiran negatif yang paling dominan. Kedua, fahami kekuatan fikiran anda dan fahami darimana asal semua fikiran anda. Ketiga, tentukan anda ingin menjadi seperti apa. Keempat, ciptakan penguat penciptaan fikiran positif (afirmasi, visualisasi, tempal gambar-gambar positif, dan musik yang menenangkan). Waspada ketika fikiran yang akan menguasai anda semula dengan melakukan relaksasi (tarik nafas dan selami apa yang anda hadapi).

Ubah kekurangan menjadi kelebihan


Jika anda pandai memaksimakan, sesuatu yang selalu menjadi kekurangan boleh menjadikan kelebihan yang membuahkan kejayaan bagi anda. Caranya, gunakan otak intelektual kita, pindahkan mindset dari otak kanan ke kiri, sedari subcon anda dan naikkan ke conscious mind, tentukan, berbuat baik pada orang lain, dan bergembiralah dengan bersukan.

Ego hanyalah milik diri sendiri


Yang boleh menentukan anda bahagia atau tidak sebenarnya hanyalah diri anda sendiri. Sebabnya, tumpukanlah pada diri sendiri dan abaikan situasi atau orang lain kerana mereka berada di luar diri kita. Buatlah diri anda bahagia kerana kebahagiaan anda tidak tergantung pada orang lain tetapi pada diri anda sendiri.

1 comment

  1. harus positif dan proaktif...demi masa depan yang progresif... ;)

    ReplyDelete