Apabila Seorang Wanita Menaiki Kenderaan Bersendirian Tanpa Mahram

03 March 2011

Soalan : Adakah seorang wanita dibolehkan menaiki kenderaan persendirian bersendirian tanpa seorang Mahram, jika pemandunya adalah seorang kenalan keluarganya?

Jawapan :

  1. Peraturan yang berkaitan di rumah(tempat khusus) juga digunakan untuk kenderaan persendirian kerana kedua-duanya memerlukan keizinan untuk memasukinya (menaiki kenderaan).

  2. Oleh yang demikian, tidak ada sesiapa pun dibenarkan untuk berada bersama seorang wanita dalam kenderaan tersebut kecuali Mahram atau suaminya, seperti dia berada di rumah.

  3. Tidak ada yang terkecuali dari itu, melainkan apa yang telah dikecualikan oleh nas mengenai peraturan dirumah(tempat khusus) seperti hubungan persaudaraan yang mempunyai pertalian darah sama ada mereka Mahram, seperti bapa saudara atau yang bukan Mahram seperti sepupu lelaki, adalah dibolehkan jika untuk melawat saudaranya. Contohnya, ketika jamuan keramaian dan sebagainya, kerana secara amnya nas menjelaskan mengenai hubungan persaudaraan yang mempunyai pertalian darah: keperluan akan ikatan persaudaraan, serta menggalakkan hubungan persaudaraan yang bertalian darah tetapi bukan Mahram, tanpa melakukan khalwat. Begitu juga dalam keadaan yang lain, jika terdapat nas yang membenarkan Ijtima’ (perjumpaan) diantara lelaki dan wanita di rumah.

  4. Satu lagi pengecualian yang disebut untuk kenderaan persendirian, ialah dibolehkan seorang wanita itu untuk menaiki sesuatu kenderaan jika pemandunya mempunyai pertalian darah dengannya(saudara), tetapi bukan dalam keadaan berkhalwat. Ini bermakna, wanita itu disertai oleh kenalannya atau kenalan pemandu kenderaan tersebut, sama ada mereka adalah Mahramnya atau pun tidak.

Dalilnya adalah sebuah hadis yang diceritakan oleh Asma (semoga Allah merahmatinya) dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Asma Binti Abi Bakar (semoga Allah Merahmati mereka), di mana dia berkata:

" Aku berkahwin dengan Al –Zubair. Dan aku biasanya membawa biji benih diatas kepala aku dari ladang Al-Zubair yang diberi oleh Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam), dimana ladang tersebut terletak sejauh lebih kurang satu pertiga Farsakh (parasang), dan suatu hari ketika aku membawa biji benih diatas kepalaku, aku bertemu dengan Rasulullah berserta dengan beberapa lelaki Ansar, beliau memanggil aku dan menyuruh aku menunggang dibelakangnya. Aku merasa malu untuk berjalan bersama –sama dengan lelaki-lelaki tersebut dan aku teringat Al-Zubair seorang yang cemburu, jadi Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam) mengetahui bahawa aku malu, lalu beliau berjalan bersama. "
(Farsakh (parasang) adalah lebih kurang 3 batu iaitu lebih kurang 5.5 kilometer).

Pemahaman dari hadis ini


Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam) membenarkan Asma menunggang dibelakang kuda beliau dimana ia adalah kenderaan persendirian dan bukan kenderaan awam.

Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam)) berjalan berserta dengan beberapa orang sahabatnya (semoga Allah merahmati mereka) didalam sebuah kafilah (kumpulan).

Adalah sangat jelas bahawa perjalanan itu pendek dan bukan yang panjang dimana diperlukan seorang Mahram.

Juga, perbuatan Rasulullah berhenti untuk membenarkan Asma menunggang bersama-sama menunjukkan bahawa dia bersaudara dengan baginda dengan ikatan persaudaraan yang mempunyai pertalian darah, kerana Asma adalah kakak kepada Aishah –Ummul Mukminin (isteri Rasullullah).

Adalah difahami dari perbuatan Rasulullah (Sallahu Alaihi wa Sallam) yang berhenti itu, bahawa baginda sangat mengenali Asma kerana dia mempunyai ikatan persaudaraan yang rapat, dan dia adalah seorang wanita dari keluarga yang mempunyai hubungan persahabatan dengan pemilik kuda atau kenderaan persendirian, berdasarkan dari Ayat yang menyamakan hubungan persahabatan dengan hubungan persaudaraan yang mempunyai talian darah didalam isu memakan makanan dari rumah-rumah persendirian dimana Allah berfirman:

" …makan (bersama-sama mereka) di rumah kamu sendiri atau di rumah bapa-bapamu, di rumah ibu-ibumu, di rumah saudara-saudaramu yang laki-laki, di rumah saudara-saudaramu yang perempuan, di rumah saudara bapamu yang laki-laki, di rumah saudara bapamu yang perempuan, di rumah saudara ibumu yang laki-laki, di rumah saudara ibumu yang perempuan, di rumah yang kamu miliki kuncinya atau di rumah kawan-kawanmu. "
[An Nur:61]
Sahabat adalah seseorang yang menjalinkan hubungan persahabatan yang akrab dan dengan penuh kasih sayang.

Kesimpulan


Seorang wanita dibolehkan menaiki kenderaan persendirian jika dia mempunyai pertalian darah(saudara) dengan pemandu kenderaan tersebut atau keluarganya benar-benar menjalinkan persahabatan yang akrab dengan pemandu tersebut, tetapi tidak dalam keadaan berkhalwat.

Ini bermakna, pemandu kenderaan tersebut mestilah ditemani oleh orang lain (sama ada saudaranya atau saudara wanita tersebut) yang boleh dipercayai. Ini adalah kerana, orang-orang yang bersama-sama Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam) dalam kisah diatas adalah dari kalangan para sahabat baginda, dengan mengambil kira, jika pemandu kereta itu hanya mempunyai seorang sahaja saudaranya atau saudara wanita tersebut, berada didalam kenderaan itu, maka orang itu hendaklah Mahram kepada wanita tersebut.

Jika selain dari ini,pemandu itu mestilah ditemani oleh lebih dari seorang sahabat yang boleh dipercayainya, seperti kesimpulan yang didapati dari hadis mengenai Asma, dimana terdapat beberapa orang Ansar bersama-sama Rasulullah (Sallallahu Alaihi wa Sallam )-lebih dari satu-tetapi tidak ada daripada mereka itu yang Mahram kepada Asma. Akan tetapi dari sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, untuk mencegah seseorang dari khalwat, baginda mensyaratkan bahawa jika pemandu itu seorang, maka yang menemani wanita itu mesti seorang Mahram. Baginda bersabda:

" Seorang laki-laki tidak dibenarkan untuk duduk berkhalwat dengan seorang wanita, tanpa seorang Mahram ".
[HR Muslim]

Oleh itu, jika seorang lelaki duduk/menaiki kereta bersama-sama dengan seorang wanita didalam sebuah kereta persendirian, wanita tersebut hendaklah mempunyai pertalian darah/persaudaraan dengannya atau dia adalah seorang sahabat akrab keluarga wanita tersebut, tetapi untuk mencegah dari melakukan khalwat, hendaklah ada bersama-sama mereka, lebih dari seorang daripada saudara-saudara/kenalan yang dipercayai oleh pemandu atau wanita tersebut didalam kereta itu, atau seorang Mahram wanita itu. Perjalanan itu hendaklah satu perjalanan yang pendek dan bukan perjalanan yang panjang dimana sememangnya seorang Mahram diperlukan.

Begitulah keadaannya apabila beberapa orang lelaki menaiki kenderaan bersama-sama (dengan pemandu dan seorang wanita) didalam sebuah kereta persendirian, maka hendaklah ia melakukan perkara seperti yang disebutkan diatas.

Tetapi, jika beberapa orang wanita menaiki kenderaan bersama-sama (dengan seorang pemandu dan wanita) didalam kereta persendirian, maka untuk mencegah dari berlakunya khalwat dalam keadaan ini, pernah dibincangkan oleh para Fuqaha dahulu, dimana, sebahagian menyatakan jika ada isteri pemandu atau Mahram wanita tersebut menemankan bersama, maka tidak berlaku khalwat, malah sebahagian lagi berkata, jika ada seorang wanita yang boleh dipercayai berserta bersama mereka, maka tidak ada berlakunya khalwat jadi (untuk mencegah khalwat dilakukan oleh wanita) bolehlah dikaji dengan lebih lanjut dari buku-buku para Fuqaha.

Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta
Sumber: Islamic Revival

1 comment

  1. erm...duduk ber2 bukandengan mahram boleh menimbulkan syak dan akan wujudnya org yg ke3

    ReplyDelete