Resolusi 2011 untuk Hubungan Anda & si Dia

02 January 2011

Bayangkan, jika 2011 merupakan tahun terbaik bagi kehidupan cinta Anda dan si kekasih, tentunya dengan kebaikan yang terjadi dalam tahun ini, memungkinkan akan adanya hubungan yang lebih serius di antara Anda berdua.

Sempena bermulanya tahun baru ini, mari kita sema-sama berazam dan berubah. Oleh itu, ikuti beberapa panduan berikut agar hubungan Anda semakin kuat dan bertambah erat.



Menganalisa secara berlebihan


Hentikan beberapa kebiasaan seperti mengirim SMS 12 kali sejam, dan mengharapkan balasannya setiap minit, atau menelefonnya setiap dua jam sekali yang biasa Anda lakukan tahun lalu. Tetapi fokus pada perkara yang jauh lebih penting seperti... SHOPPING!

Putus hubungan dari lelaki 'beracun'


Anda yakin ingin tetap berhubungan dengan lelaki yang terlalu posesif dan cemburu, atau lelaki 'bad boy' yang jelas-jelas menggoda wanita lain di hadapan Anda, dan tetap berhubungan dengan lelaki yang menganggur sehingga menghamburkan duit Anda untuk gaya hidup hura-huranya? Pikirkan sebaiknya, ladies.

Bertengkar secara logik dek akal


Jika dia mula membuka percakapan buruk seperti 'kamu wanita bermasalah' atau 'berhentilah perbuatan melampau', katakan kepadanya bahawa Anda tidak berminat pada lelaki yang tidak peka. Dia akan lebih menghargai Anda kerana Anda telah menyatakan pendapat Anda sendiri, terutama setelah memutuskan untuk berdamai setelah konflik ini.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment