Tips Cara Menghilangkan Penyakit Hati

07 December 2010

Pelbagai jenis penyakit hati telah dijelaskan pada artikel lalu seperti iri hati, dengki, hasut, su udzon, khianat, dan lain sebagainya. Penyakit-penyakit ini apabila tidak ditangani dan ditanggulangi dengan baik boleh mengakibatkan perkara yang buruk pada diri kita. Seperti halnya sakit pada organ tubuh dan fizikal kita, penyakit hati yang berupa sifat perilaku buruk boleh diubati atau disembuhkan dengan ubat hati.

Beberapa ubat untuk menyembuhkan penyakit hati:


  1. Tidak Banyak Bercakap

    Terlalu banyak bercakap dapat membuat hati kita menjadi keras. Bercakaplah hanya yang penting sahaja dan hindari menjadi orang yang hanya cakap besar, sembang lebat, cakap kosong, bohong, dan sebagainya. Banyak bicara dalam kebaikan digalakkan seperti untuk mengajar, bekerja, berbual biasa dengan rakan, tetangga, keluarga, dan lain sebagainya.

  2. Menjaga Emosi Dan Nafsu

    Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh kerana itu kita sebaik-baiknya selalu menjaga emosi kita agar tidak menjurus ke penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu amarah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib ramadhan.

  3. Selalu Mengingati Allah SWT

    Ada beberapa cara untuk dapat selalu mengingat Allah SWT iaitu seperti dengan rajin solat baik solat wajib lima waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca Al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati. Diharapkan daripada mengingati Allah SWT, kita menjadi takut kepada hukuman Allah SWT jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.

  4. Bergaul Dengan Orang Soleh

    Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat yang baik disedari atau tidak yang telah kita lakukan. Lain pula apabila kita bergaul dengan orang soleh yang selalu menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus dalam maksiat.

Semoga anda selalu terhindar dari penyakit hati, serta masalah yang disebabkan olehnya.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment