Mencegah Kejadian Banjir

03 December 2010


'Kos pencegahan banjir' sebenarnya merupakan tanggungan pengguna. Kelewatan dan kemusnahan akibat banjir juga merupakan satu bebanan tambahan kepada pengguna. Perubahan cuaca menyebabkan fenomena banjir sukar untuk dijangka.

Cadangan pencegahan banjir

  1. Libatkan semua agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan serta institusi-institusi penyelidikan untuk mendapatkan data dan fakta mengenai banjir. Ini dapat membantu agensi-agensi perancangan dan pelaksana untuk mendapat data yang tepat mengenai situasi semasa.

  2. Semua projek penebatan banjir yang akan dilaksanakan patut dikaji semula. Ini adalah untuk memastikan projek-projek ini boleh mencegah banjir untuk tempoh yang lama. Penglibatan orang awam dalam perlaksanaan projek-projek ini patut dipertingkat.

  3. Hentikan semua pembangunan tanah tinggi dan pembersihan hutan yang besar. Peningkatan permukaan yang tidak menyerap air menyebabkan peningkatan air larian permukaan yang akhirnya mengakibatkan banjir dalam masa yang singkat.

  4. Semua aktiviti pertanian mesti mempraktiskan Amalan Pertanian Terbaik (Good Agricultural Practice) di mana langkah ini dapat mengelakkan hakisan tanah di kawasan aktiviti pertanian. Hakisan tanah tidak hanya menyebabkan kehilangan lapisan tanah yang subur, malah menyebabkan pencetekan sungai yang kemudiannya mengakibatkan banjir kerap terjadi.

  5. Sistem perparitan dan saliran bagi bangunanbangunan serta jalan-jalan mesti direka bentuk semula untuk keperluan terkini. Pengusahapengusaha perlu mendapatkan kelulusan daripada agensi-agensi berkenaan sebelum menjalankan sebarang pembangunan di sesuatu kawasan. Agensi-agensi ini juga patut mengambil tanggungjawab jika berlaku kegagalan dalam kelulusan yang diberikan oleh mereka.

  6. Pendalaman sungai patut dilakukan dengan lebih kerap untuk memastikan sungai-sungai ini dapat mengalirkan kuantiti air yang banyak pada sesuatu masa.

  7. Lebih banyak kolam takungan air hujan patut diwujudkan di kawasan yang kerap mengalami banjir. Air hujan juga merupakan satu sumber yang boleh digunakan sebagai sumber air mentah untuk perawatan air minuman. Satu pelan jangkamasa panjang perlu diwujudkan di mana penuaian air hujan ini dapat mengurangkan kos perawatan air minuman serta dapat membantu dalam mengurangkan masalah banjir.

  8. Elakkan pembangunan di kawasan yang kerap mengalami banjir. Kawasan-kawasan ini akan menjadi sasaran utama jika berlaku peningkatan taburan hujan ataupun kenaikan aras air laut.
Banjir merupakan satu bentuk bala dari Allah. Ingat!
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment