Jenis-jenis Wanita yang di Jauhi oleh Lelaki

30 December 2010

Lelaki cenderung lebih selektif memilih calon wanita yang akan dijadikan isteri. Perkara itu dilakukannya demi meraih hubungan yang berkekalan dalam jangka masa yang panjang.

Jadi jangan hairan bila lelaki akan menghindari beberapa jenis wanita berikut (meskipun tidak semua lelaki menyetujuinya), terutamanya ketika masih lagi berada di dalam alam percintaan.

Wanita yang “smart” dan tegas


Kebanyakan lelaki memerhatikan wanita yang mampu menempatkan dirinya melalui percakapan. Lelaki menganggap wanita dengan intelligent yang cukup, menarik. Tetapi tidak pada wanita yang smart dan tegas. Lelaki tidak tertarik pada wanita yang selalu berusaha untuk membuat dirinya “lebih” darinya.

Wanita materealistik


Lelaki tidak menyukai wanita yang hanya menyukai pesona, karisma, dan tentu sekali wang mereka. Kebanyakan lelaki, seperti juga wanita, lebih menghargai wanita yang mencintai mereka kerana diri mereka sendiri.

Lelaki biasanya dapat menhidu perkara ini melalui pesanan makanan dan minuman wanita tersebut ketika berdating.

Wanita yang cenderung gelisah dan pencemburu


Lelaki menghindarinya kerana jenis wanita ini hanya akan menghubunginya hampir setiap waktu. Wanita jenis ini akan bertanya begitu banyak pertanyaan dan cenderung mengkaitkannya dengan wanita lain. Wanita ini akan mengganggu keseimbangan fikiran lelaki.

1 comment

  1. kalau ika pon rimas bila terlampau cemburu..
    sgt2 x suka..hi3

    ReplyDelete