Eko-label adalah suatu sistem pelabelan untuk barangan pengguna (termasuk makanan) yang dihasilkan bagi mengelakkan kesan berbahaya terhadap alam sekitar. Sistem pelabelan Eko meliputi kedua – dua makanan dan barangan pengguna.
Ekolabel memudahkan pengguna untuk memilih barangan mesra alam “green products”. Ini merupakan suatu skim sukarela yang diwujudkan untuk menggalakkan sektor perniagaan supaya menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mesra alam. Label ini juga dapat membantu para pengguna untuk mengenal pasti barangan yang mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan ekolabel dapat digunakan untuk barangan yang tidak mengandungi kluorofluorokarbon (CFC). CFC adalah gas yang merosakkan lapisan ozon. Ekolabel juga terdapat pada barangan yang boleh dikitar semula dan juga barangan yang mempunyai pengguna tenaga yang efisien serta menjimatkan tenaga.
Label produk yang tidak mengandungi kluorofluorokarbon (CFC) |
Kitar semula adalah suatu langkah yang dapat menjimatkan sumber semula jadi, mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar seperti kitar semula plastik. Label kitar semula dapat membantu pengguna dan pihak pengurusan sampah untuk mengasingkan plastik untuk dikitar semula.
Antara Label-label di Malaysia.