Bila sahabat tidak menyukai kekasih anda

25 December 2010

Bagi anda orang yang paling memahami anda adalah sahabat anda. Berkongsi saat suka duka, hanya sahabat sejati yang mampu mengharunginya. Namun begitu apa yang patut anda lakukan jika sahabat baik anda tidak menyukai kekasih baru anda?

Ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan, antaranya seperti berikut:

  1. Tanyakan apa yang sahabat anda tidak sukai dari si kekasih. Lalu, ingatkan beberapa kebaikan si kekasih hati bahawa dia memiliki perilaku yang baik. Maka dari itu, Anda memilihnya menjadi teman hidup anda. Saat sahabat menyadarinya, mungkin dia akan lebih terbuka menerima kekasih anda yang tersayang.

  2. Atur pertemuan anda bertiga sekaligus, anda, si kekasih, dan sahabat anda. Biar sahabat dapat melihat betapa perhatian, mengagumkan, dan baiknya buah hati kepada anda. Minta kekasih anda untuk ikhlas dan tidak perlu berpura-pura.

  3. Minta buah hati untuk menjalin komunikasi yang baik dengan sahabat. Begitu sahabat melihat keikhlasannya, maka dia akan menerima berhubungan dengan Anda. Atau setidaknya, sahabat mengetahui betapa si kekasih mencintai Anda dan akan menjaganya sebaik sahabat menjaga Anda.

1 comment

  1. klau ika la..klau kwn ika xsuka bf ika tu, ika tinggal je la..hi3

    ReplyDelete