9 Tanda Dia Hanya Anggap Anda Teman

30 December 2010

Tidak ada yang lebih membanggakan lelaki dari berkawan dengan wanita yang hot. Tapi, mungkinkah pergaulan ini dapat berlanjutan menjadikan Anda berdua sepasang kekasih? Atau dia hanya menganggap Anda lebih tepat masuk dalam kategori 'kawan' semata-mata?

Untuk menjawab pertanyaan tersebut, mari kita lihat beberapa tanda yang tepat apakah wanita tersebut menginginkan hubungan ini lebih dari sekadar 'berkawan'.


Dia ternyata suka menjaga jarak dengan Anda di tempat umum.

Dia tidak "kekok" di depan Anda


Jika wanita merasa selesa berada dekat Anda, dalam erti lain dia tidak susah payah menjaga imejnya secara berlebihan, maka itu pertanda Anda hanya seorang teman. Tapi untuk lebih membuktikannya, cuba puji sikap manisnya di tempat umum. Apakah dia berubah gugup? Atau dia hanya menaganinya dengan biasa? Jika dia tetap bersikap biasa, dan menunjukkan body language yang wajar di depan Anda, maka jangan harap hubungan ini akan lebih.

Dia tidak ikut menertawakan lawak Anda


Ketika seorang wanita memang tertarik kepada Anda, dia semestinya tertawa dengan lawak-lawak bodoh Anda, meskipun lawak itu tidak kelakar. Lebih teruk lagi, setelah lawak tersebut dia mengatakan, "Lelaki hebat sepertimu akan mendapatkan semua wanita yang kamu inginkan. Saya akan kenalkan kamu dengan kawan saya, Lisa." Atau "Tengok perempuan tu, dia cantik kan?".

Dia tidak akan menuruti keinginan Anda


Saat Anda hang out bersama, Anda akan lebih sering menemaninya berbelanja kasut atau pakaian. Bila kali terakhir dia pergi ke tempat yang Anda sukai bersama? Atau menemani Anda ke pameran kereta? Seorang wanita yang memang tertarik, akan mencuba menyenangkan pihak lain untuk mengikuti keinginannya.

Dia mengenalkan Anda kepada orang lain sebagai teman


Ini sudah tanda yang paling jelas. Anda hanya teman.

Dia akan menjaga jarak dengan Anda di tempat umum


Saat wanita tidak tertarik pada seseorang, dia akan mencuba tidak kelihatan jalan bersama seperti sepasang kekasih. Contohnya akan menolak ke tempat-tempat romantis, lokasi biasanya orang-orang dating.

Pertolongan Anda membuat hidupnya lebih mudah


Wanita yang menyukai Anda tidak akan pernah memanfaatkan Anda untuk membantunya pindah rumah atau meminjam semua koleksi DVD Anda. Dia hanya akan fokus untuk menyenangkan hati Anda.

Dia selalu membawa temannya jika hang out berdua sahaja


Rosak Program Anda, ketika dia sering sekali membawa rakan perempuan atau lelakinya bersama ke dalam program hang out Anda berdua. Wanita melakukan ini agar tidak ada tekanan untuk hanya berbincang berdua dengan Anda, dengan menunjukkan bahawa ini bukan pasangan anda, ini hang out biasa sahaja.

Dia tidak mengusapkan tangannya di tangan Anda


Wanita yang tidak tertarik akan menjaga jarak dengan tidak melakukan sentuhan-sentuhan romantis. Untuk membuktikannya, berikan sentuhan biasa dan lihat reaksi selanjutnya. Jika dia nampak biasa dan membalas dengan pukulan tangan ringan di lengan, jangan harap dia tertarik dengan Anda.

Dia berbincang tentang kehenseman lelaki lain


Ya, sudah jelas dia sangat tidak tertarik dengan Anda. Percakapan tentang bekas kekasih mahupun rakan sekerjanya yang tampan di depan Anda menunjukkan bahwa Anda hanya teman untuk berkongsii cerita, bukan jejaka yang dicarinya.

(Foto: Sheknows)
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment