Bagi menjawab kegundahan wanita untuk mengetahui 10 signal si dia merupakan lelaki yang bersedia untuk komitmen adalah seperti berikut:
Rakan-rakannya telah bekahwin
Sebuah kajian melaporkan, jika rakan-rakannya telah berkahwin, maka lelaki akan lebih bersedia untuk berkahwin. Undurkan diri, sekiranya rakan-rakannya masih lagi belum berkahwin dan ingin berseronok enjoy usia muda dengan keluar berseronok.
Kewangannya sudah kukuh
Jika seorang lelaki itu sudah kukuh kewangannya dan telahpin memiliki rumah, maka langkah seterusnya yang dia fikirkan adalah berumahtangga.
Dia selalu mengejar Anda
Seorang lelaki yang bersedia dengan komitmen akan melakukan apa saja untuk mempertahankan Anda berada di sisinya. Dia tidak akan membuat Anda menunggu untuk menelefon Anda kembali, membalas sms atau e-mail Anda.
Dia bersedia menunggu
Jika lelaki memilih untuk mengenal Anda terlebih dahulu sebelum meneruskan perhubungan yang lebih jauh, maka dia merupakan jejaka yang sudah bersedia untuk komitmen dengan anda.
Dia bersedia menemani saat Anda sakit
Jika dia mahu menemani ketika Anda sakit, maka dia akan bersama Anda saat susah senang tetap akan bersama.
Dia ingin mengenal semua keluarga dan teman Anda
Seorang lelaki yang tidak takut berkomitmen akan memikirkan keuntungan jangka panjangnya mengenal seluruh anggota keluarga dan rakan-rakan pasangannya.
Dia suka mengatakan "kita" bukan "saya"
Jika dia lebih banyak menggunakan perkataan "kita", maka itu pertanda dia telah mengaitkan Anda ke dalam hidupnya secara lebih dalam.
Dia tidak takut berkompromi
Seorang lelaki berkomitmen selalu menanyakan pendapat dan berbincang dengan pasangannya untuk semua tidakan yang akan dia ambil.
Dia selalu ada untuk Anda
Jika lelaki selalu memberikan waktunya untuk Anda dan keluarga, maka dia memang telah bersedia terikat dengan Anda.
Dia menyukai hubungan yang berlangsung lama
Lelaki yang berkomitmen selalu menikmati saat-saat bersama sebagai pasangan. Dalam kata lain, dia tidak terburu-buru dan tidak mengekang Anda. Sementara itu masing-masing masih memiliki waktu untuk dirinya sendiri.
→ 10 Larangan bercinta dengan suami orang
semua oke, kewangan je tak kukuh lagi.
ReplyDeleteadehhh :(
menarik2.. bese kalau dah tahap nak jumpa parents tu memang dah serius la.. tunggu lama2 watpe,nak gentleman jumpa parent terus..
ReplyDelete