Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah

16 November 2010

Assalamualaikum…

Azan maghrib tadi menandakan kita sudah masuk 10 Zulhijjah 1431 Hijrah (tapi kat mekah hari ini dah sambut hari raya). Bagi umat Islam tarikh 10 Zulhijjah merupakan tarikh satu lagi perayaan bagi mereka, selain dari Hari Raya Aidilfitri umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha di sambut bagi memperingati kisah pengorbanan satu-satunya putera Nabi Ibrahim, iaitu Nabi Ismail.

korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua Hijrah. ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim A.S terhadap satu-satu puteranya Nabi Ismail A.S, baginda bermimpi bahawa Allah S.W.T memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan.

Apa tengok-tengok? ada hutang ke
sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim A.S untuk mengorbankan satu-satunya buah hati pengarang jantungnya. lebih-lebih lagi setelah berusia lebih daripada 60 tahun barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki, hasil perkahwinan dengan Siti Hajar.

begitulah sedikit sebanyak kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. walau bagaimanapun, persoalan kita pada hari ini sanggupkah kita berkorban di jalan Allah S.W.T ?

mari kita sama-sama jadikan Hari Raya Aidiladha sebagai pemangkin untuk kita berkorban. jadikan kisah Nabi tersebut sebagai panduan bagi kita.

2 comments

  1. salam aidilfitri gak untuk anda..jangan makan banyak2 daging lembu tu..nanti darah tinggi..hehehe

    ReplyDelete