Jaga Kesihatan Jantung Anda

24 November 2010

SEMAKIN ramai rakyat Malaysia mati akibat penyakit jantung berbanding penyakit lain. Dalam kebanyakan keadaan, penyakit ini boleh dielakkan.

Masih ramai yang tidak menghiraukan amaran kesihatan. Mungkin mereka fikir 'ia tidak mungkin berlaku pada dirinya' atau percaya mereka masih boleh tunggu dan lihat jika mendapat serangan jantung. Mereka boleh menjalani pembedahan pintasan dan mengambil pil.

Penyakit jantung lebih daripada satu kejutan serangan jantung. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ia bermakna sakit dada, kesukaran bernafas dan kelesuan.


Berhenti merokok


Merokok boleh memekatkan darah dan meningkatkan kecenderungannya membeku. Darah beku dalam arteri menuju ke jantung boleh menyebabkan serangan jantung, manakala pembekuan darah dalam arteri ke otak boleh mengakibatkan strok.

Sesiapa yang terdedah dengan banyak kepada asap rokok, ia boleh menyebabkan risiko serangan jantung sebanyak 30 peratus.

Makan secara sihat


Fikir dulu sebelum anda makan. Lebihkan sajian ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan, selain kurangkan daging dan lemak. Ini boleh mengelak pengerasan pada arteri, satu daripada punca tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung.

Perhatikan juga pengambilan garam kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah kepada mereka yang hipertensif. Menyalai, memanggang dan mengukus adalah cara bijak untuk memasak makanan.

Tunjukkan teladan yang baik kepada anak anda supaya mereka tidak mengamalkan tabiat buruk kesihatan. Katakan 'tidak' bagi minuman keras.

Kawal berat badan


Kekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda. Jika berat badan anda terlalu tinggi, ia akan meletakkan bebanan pada jantung anda.

Selalu bersenam


Luangkan masa selama 30 minit untuk berjalan ke kedai dan menaiki tangga. Masukkan kegiatan yang anda gemari seperti berenang atau berkebun dalam agenda mingguan.

Bebaskan diri daripada kerungsingan


Bertenang menghadapi dugaan hidup yang penuh cabaran. Sentiasa mengukir senyuman dan relaks kerana ia bukan saja membuatkan anda bahagia, malah anda akan berasa sihat. Mereka yang agresif dan tidak penyabar cenderung mendapat penyakit jantung.

Jalani pemeriksaan tekanan darah untuk mengesan hipertensi


Kaji latar belakang keluarga untuk mengetahui sama ada anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit jantung.

Kawal tahap kolesterol


Kurangkan pengambilan kuning telur kerana ia mengandungi kolesterol tinggi. Begitu juga dengan organ dalaman haiwan. Walaupun ia kaya dengan zat besi dan protein, namun ia juga kaya dengan lemak dan kolesterol.

Periksa jika anda ada penyakit kencing manis.


Jika anda berpenyakit kencing manis, anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika anda gagal mengawal pemakanan dan diri anda.

Jalani pemeriksaan kesihatan


Temui doktor setahun sekali untuk menjalani pemeriksaan secara menyeluruh walaupun anda merasakan diri anda sihat. Doktor akan memeriksa untuk mengesahkan status kesihatan anda.

Jantung untuk kehidupan


Jagalah jantung anda supaya anda boleh hidup lebih lama.

Sebenarnya, kehidupan ini tidaklah begitu susah seperti dibayangkan dan serangan jantung bukan pengakhir hidup. Anda tidak boleh mengubah usia, jantina atau gen, tetapi anda boleh amalkan gaya hidup positif dan memperbaiki kesihatan jantung. Ia cuma memerlukan perubahan minda.

1 comment

  1. Recepi Nasi Menyuburkan Kesihatan Jantung

    Bahan-bahan: Beras Jing Mi(粳米) atau Beras Wangi (香米) 300g, Codonopsis (党参 dang sheng) 10g , Salvia (丹参 dan sheng) 6g, Poria (茯苓 fu ling) 10g, jeruk keprok kulit (陈皮 chen pi) 6g, Buah Kurma Kering (红枣 Hong Zhao) 10 biji.

    Fungsi: Melancarkan Peredaran darah, Jantung dan limpa.


    Sesuai Untuk : kesesakan di bahagian dalaman dada, sakit dada, penyakit jantung koronari, jantung berdebar-debar , sesak nafas, keletihan, pening, muka kuning, kenyang perut, tidak selera makan, insomnia.


    Cara Memasak:

    1) Guna air bersihkan Beras, Codonopsis, Salvia, Poria, jeruk keprok kulit, kurma merah.

    2) Gunakan pisau menghiriskan Codonopsis, Salvia, Poria, jeruk keprok kulit, kurma merah, secara nipis

    Kemudian tuangkan ke dalam periuk yang berisi air sebanyak 2 mangkuk besar.

    3) Didihkan selama 30 ~ 40 minutes sehingga sup menjadi 60% mangkuk atau sup nampak menjadi pekat.

    4) Asingkan bahan-bahan itu dengan hanya sup pekat diperlukan untuk memasak nasi Kemudian.

    5) Sediakan mangkuk besar yang berisikan beras dan dicampurkan sup pekat itu.

    Isikan air ke dalam mangkuk jika nampak agak kering bila dimasak.


    6) kukuskan beras selama 20~ 30 minutes sehingga nasi itu dinampakan elok.


    Cara pemakanan: sekali sehari selama dua minggu.


    Recipe asas daripada http://www.drliu.com.my/kwongwah_2009041437.php

    ReplyDelete