Cara Mengelakkan Penipuan Kad Kredit

25 November 2010


Penipuan kad kredit boleh mengakibatkan anda dan pengeluar kad kredit mengalami kerugian besar. Pengeluar kad kredit sentiasa mengambil sikap berwaspada terhadap penipuan ini dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi anda. Walau bagaimanapun, anda juga harus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

Lindungi keselamatan kad kredit


  • Tandatangani kad kredit sebaik sahaja ia diterima.
     
  • Simpan kad kredit anda pada tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit supaya, jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya dengan sertamerta.
     
  • Usah pinjamkan kad kredit kepada sesiapa sahaja.
     
  • Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau Internet.
     
  • Hafal nombor PIN dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada orang lain.
     
  • Simpanlah nombor telefon pengeluar kad kredit anda supaya anda dapat menghubunginya dengan sertamerta untuk melaporkan sebarang kehilangan/kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaran atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga.
     
  • Pastikan anda telah memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila anda menerima kad baru.

Periksa transaksi kad kredit


  • Semak semua butir-butir yang terdapat pada slip urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga.
     
  • Simpan semua slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata bulanan anda sebaik sahaja ianya diterima.
     
  • Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan sertamerta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran
  • Musnahkan semua slip urus niaga.

Sumber: infobanking.com.my
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment