Multivitamin Lebih Baik Daripada Makanan Segar?

26 October 2010

Penjualan pelbagai jenis pil multivitamin kini kian giat dipromosikan dan telah membanjiri pasaran tempatan dan juga antarabangasa. kerapkali kita lihat pelbagai jenis produk kesihatan daripada jurujual di pasaran mudah untuk didapati. antara yang popular ialah multivitamin boleh mengurangkan risik kanser, memulihkan penyakit, meningkatkan metabolisma badan dan sebagainya.

sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan multivitamin?

Multivitamin adalah pil yang mengandungi vitamin dan zat makanan yang diekstrak daripada buah-buahan atau sayur-sayuran. oleh yang demikian, kandungan vitamin dan zat makanan dalam pil multivitamin adalah berbentuk tulen dan pekat.

multivitamin sesuai diambil oleh mereka yang kurang kandungan nutrisi dalam badan disebabkan oleh keadaaan oleh keadaan kesihatan seperti mereka yang lemah tubuh badan atau yang menghidap penyakit kronik. Ia hanya berfungsi sebagai tambahan kepada makanan yang diambil. Ini bermakna multivitamin berfungsi sebagai "insurans" kepada orang yang mempunyai tabiat makanan yang kurang sihat.

pengambilan miltivitamin ini bukanlah sesuatu yang semula jadi. kini ramai orang lebih suke mengambil pil multivitamin dan menjadikannya sebahagian dari diet pemakanan mereka. mereka memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk untuk memastikan mereka mendapat diet yang seimbang dan menjalani hidup yang sihat. maka, multivitamin dianggap sebagai jalan singkat untuk melengkapkan keperluan zat makanan dalam badan mereka.

Makanan Tambahan (Suplemen) yang diambil juga tidak semestinya membawa kebaikan kepada tubuh badan kita. ini adalah kerana kandungan vitamin dalam pil tersebut berbentuk tulen, maka ia adalah lebih banyak daripada yang terkandung dalam makanan scara semulajadi. oleh itu, sebaik-baiknya dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang jenis suplemen untuk mengelakkan daripada mengambil dos yang berlebihan. kandungan vitamin dan mineral dalam badan yang berlebihan akan menjadi toksik (hypervitaminosis) dan membaawa kepada kesan sampingan yang serius seperti keracunan. selain itu, terdapat juga makanan yang harus dielakkan sekiranya anda mengambil pil multivitamin.

dalam satu kajian yang diterbitkan pada bulan Februari tahun lepas di US oleh Women's Health Initiative (WHI), didapati bahawa risiko untuk mendapat kanser adalah sama sahaja tidak kira samada anda mengambil multivitamin ataupun tidak. ini terbukti untuk semua jenis kanser terutama kanser payudara, kolon, renal, perut, paru-paru dan kanser rahim. multivitamin juga tidak mungurangkan risiko penyakit jantung.

kajian yang sama turut membuktikan bahawa kadar kematian disebabkan kanser, strok dan penyakit jantung bagi multivitamin dan tidak mengambil multivitamin adalah sama. namun kadar ini adalah rendah dalam kalangan orang yang mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar dalam diet pemakanan mereka.

walaupun pil multivitamin mengandungi ekstrak vitamin dan zat makanan daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, namun ia bukanlah sebgai pengganti kepada khasiat yang diperolehi daripada diet makanan kita. ini kerana pil-pil ini perlu melaui pelbagai proses serta penambahan bahan kimia (chemical). oleh itu kesannya adalah tidak sama.

tambahan pula, multivitamin dalam pasaran adalah mahal dan kualiti suplemen juga biasanya tidak bergantung kepada harganya. sebagai pengguna, kita mempunyai pilihan samada menggunakan wang kita untuk membeli multivitamin atau membeli makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

semua jenis vitamin yang diperlukan oleh badan boleh diperolehi daripada diet pemakanan kita.

Vitamin
Jenis Makan
Vitamin A
Susu
Hati
Buah dan sayur berwarna oren (lobak merah, buah oren)
Sayur berdaun hijau tua (bayam)
Kumpulan Vitamin B
(B1, B2, B6, B12, niasin, asid folik, biotin dan asid pantotenik)
Bijrin (gandum, oat)
Ikan
Daging putih
Telur
Susu
Sayuran hijau
Kacang panjang, kacang hijau
Vitamin C
Buah-buahan (oren, limau, strawberi, kiwi)
Brokoli
Kubis
Vitamin D
Susu
Ikan
Kuning telur
Hati
Bijirin
Vitamin E
Bijirin (gandum)
Sayuran berdaun
Ikan sardine
Kuning Telur
Vitamin K
Sayur hijau
Susu
Minyak soya
13 jenis vitamin penting yang diperlukan oleh badan kita dan sumber semulajadinya.
-
Sumber : Consumer and Research Centre (CRRC)

4 comments

  1. uhh..
    ak ambil supplemen ni..
    sebab duk sorang...
    asyik makan luar je..n tak menentu..
    n perlukan xtra energy
    -_-

    thanx 4 d info

    ReplyDelete
  2. Thank you. Info yang bermanfaat. Kalau nak cari multivitamin yang selamat, pilihla Vitalea daripada Shaklee sebab multivitamin ni adalah bebas bahan sintetik dalam selamat untuk kesihatan hati dan buah pinggang :)

    ReplyDelete
  3. Super-Duper site! I am Loving it!! Will come back again, Im taking your feed also, Thanks. Cyber Pharmacy

    ReplyDelete