Apa itu Google Page Rank dan Alexa Rank?

20 June 2010



Mungkin ramai yang dah tahu. mungkin juga ramai yang tak tahu. jika tak tahu teruskan membaca. jika dah tahu teruskan membaca untuk berkongsi pendapat. bagi yang dah lama berkecimpung dalam bidang SEO ni mesti dah tau ape itu Google pagerank dan ape itu alexa rank. bagi yang tidak tahu ape itu SEO? pula

SEO adalah ringkasan untuk Search Engine Optimization (SEO) dalam bahasa melayu yang mudahnya adalah menyediakan laman web untuk ejen carian. tapi… kenapa perlu menyediakan web/blog untuk ejen carian? tujuannya adalah supaya apa bila sesuatu perkataan yang ditaip di ejen carian samada di Google atau sebagainya membolehkan blog kita berada di muka depan keputusan ejen carian, khususnya Google. kenapa aku pilih Google. sebab utama nya Google akan memperkenalkan Caffeine, ejen carian terbaru mereka dimana berkeupayaan mengindeks data 50% lebih pantas dari Google Search.

Apa itu Google Pagerank?

sebelum aku pergi lebih lanjut mengenai Google pagerank anda mesti paham dahulu bagaimana Google Search berfungsi. untuk mengetahui dengan lebih lanjut. sila lihat penjelasan mudah dari engineer Google, Matt Cutts mengenai bagaimana google berfungsi…




ok dah tahu bagaimana google search berfungsi? di sinilah pentingnya pagerank. tapi apakah itu pagerank?

Pagerank adalah score dari Google mengenai kepentingan sesebuah laman web. ianya dinilai dengan score dari 0 sampai 10. jika dilihat dalam video di atas, Matt Cutts menyatakan bahawa pagerank ditentukan oleh bilangan link yang ditujukan atau yang menghubungkan sesebuah laman web/blog.

jika banyak link yang ditujukan ke sesebuah laman web/blog menujukkan bahawa laman web/blog tersebut adalah penting dan mempunyai kepentingan yang tinggi. maka tinggi lah nilai pagerank laman web/blog tersebut. harus diingat bahawa bukan hanya faktor ini sahaja diambil kira, terdapat faktor lain. untuk mengetahui lebih lanjut sila baca Penjelasan Lengkap Mengenai Google Pagerank

untuk memeriksa PR - PageRank blog anda



Apa itu Alexa Traffic Rank?

Alexa Traffic Rank pulak adalah ranking trafik sesebuah laman web/blog. jika anda berada di ranking No.1 bermakna laman web/log anda mempunyai tafik yang paling tinggi.

ramai orang menggunakan Alexa traffic rank ini sebagai pengukur kepopularan laman web/blog masing-masing. masing-masing mengejar ranking.

tetapi bagi aku pulak alexa traffic rank ini tidak accurate atau tidak tepat kerana ranking dia berdasarkan tracking software yang ade dalam alexa toolbar. contohnya, jika anda tidak memasang atau menginstall Alexa Toolbar. laman web yang anda lawat tidak dikira sebagai trafik. ini adalah kerana software untuk menjejak trafik hanya menjejak trafik yang dilawat dengan Alexa Toolbar telah di pasang pada browser.

berlainan halnya dengan google pagerank. Google algorithm amat sukar difahami. Google juga yang meletakkan score untuk blog kita.

9 comments

  1. ala dua2 pun bukan leh caya sgt..
    tapi guna je la sebagai kayu ukur.. dah takde cara lain

    ReplyDelete
  2. salam,

    wah! barulah aku tahu.

    selama nie duk cari apa benda la alexa ranking dan pagerank...haha...kuno kan..
    hurm..terima kasih laa.. :)

    ReplyDelete
  3. pening laaa ngan alexa & pagerank ni... x paham2 lg dr dulu..hehehe

    ReplyDelete
  4. salam...akak ambil berat jugak hal ni..seronok tgk ranking makin turun..


    ooo lbs tu dah pernah masukkan sipnosis..nanti org boring nak baca sampai 2 kali.

    ReplyDelete
  5. mmg tak dpt dinafikan bahawa PR dan Alexa Trafik Rank amat penting bg sesorang blogger. tp ada jugak blogger yg tak ambik pusing..

    PR: 2/10
    Alexa: kurang 300K

    ReplyDelete
  6. hehehe
    aku punya PR 2 jer
    thanx for sharing
    PR ko beraper?

    ReplyDelete
  7. hehehe slalu denga pasal benda ni tp malas nk cek sbb tau dah mesti blog nana alexa byk punye, page rank lak mesti sikit punye...hahahaha

    ReplyDelete
  8. @NADRI:

    sebenarnya, ramai tak amik peduli sebab diorang tekankan pada kandungan blog dan web mereka, dimana melaluinya, page rank dan alexa diorang akan kukuh secara automatik. ;)

    ReplyDelete
  9. Thanks inf0nya sob..mari kita tingkatkn pagerank untuk mengamalkan ilmu..

    ReplyDelete