5 Perkara yang aku tak suka bila blogwalking

31 May 2010



Aku rasa ramai blogger yang kena baca apa yang aku nak tulis ini. dah lama nak luahkan tapi tak tahu pada siapa. jadi aku tulis entry ini. orang cakap kalau nak dapat traffik kena rajin buat blogwalk. jadi aku pun buat la blog-walk. mula-mula tu tak tahu jugak macam mane nak buat blog walk. ikat blog kat leher pastu bawak g siar-siar kat taman ke. bawak g pusing-pusing tasik. ok tu tipu je. kalau binatang peliharaan boleh la buat macam tu. so, buat la blog walk. jalan-jalan dari blog ke blog.

mula-mula rasa macam best. tapi lama-lama bila jumpa macam macam jenis blog aku jumpa mula la naek bosan dan meluat. bukan semua tapi beberapa yang memenuhi kriteria di bawah.

1. Terlampau banyak sangat widget

Gadget ke widget ke ape ke yang sewaktu dengan nya yang terlampau bnyak sangat. aku tak suka. kadang-kadang tu bila aku pergi ke blog yang baru update. tajuk dia macam ni. "Dah lama tak update blog" isi dia --> "hi uols, sorry dah lama tak update busy sket. ni nak clearkan sawang2 kat blog ni" ok tamat new update.

kaitannya bila entry dah panjang dua jengkal macam tu. widget kat side bar mesti lagi panjang. silap-silap lama punya scroll kebawah baru lah tamat.

moral dia, abes je aku baca ayat last aku akan tutup. takdenya nak scroll tengok widget-widget kat side bar tu. kalau takde orang nak tengok baik konsider buang.

2. Lagu autoplay

yang ni paling menyampah. serious crime memang aku tak sempat nak baca. samada "Ctrl + W" atau pun close browser dia punya hukuman. fahami lah beberapa perkara.

Perkara pertama aku dah ade winamp. banyak lagu yang aku dah download. kalau aku tak dengar lagu yang aku download sape nak dengar. kalau aku letak semua lagu yang dah di download dalam winamp kat bawah tu dia akan tulis "29 days + 15:24:47" bersamaan 29 hari 15 jam 24 minit 47 saat baru aku habes dengar kesemua lagu tu. tu pun kalau tak dengar berulang kali.

Perkara kedua bila melakukan aktiviti blog walking aku akan buka banyak-banyak tab. jadi kadang-kadang aku akan terkejut bila speaker tiba-tiba berbunyi. jantungku dah lemah dah lama dia mengepam darah. jika bunyi yang kuat ini menyebabkan tekanan dalam pembuluh darah naik mendadak jantungku boleh berhenti. sekarang tak la aku masih muda. cuba bila aku dah tua aku bukak balik blog yang melakukan kesalahan sebegini?

Perkara ketiga, serius aku tutup terus tab. kalau bunyi nya banyak dua tiga lagu berasal dari dua tiga blog. browser akan ku tutup. kesian kat blog lain yang aku dah loading. tak sempat nak baca.

Perkara keempat mungkin lagu yag anda letak aku tak suka! selera berbeza-beza beb.

3. Entry takde MOTIF

tak payah nak hurai panjang-panjang. aku tak tahu ape yang tuan blog nak sampaikan. aku pun tak tahu nak komen ape.

4. Loading lama, penat nak tunggu

kadang-kadang aku online pakai broadband bukannya selalu dengan streamyx. bila travel broadband akan aktif. so, kalau loading lama sangat, good bye ye.

Pasal loading blog ni aku dah pernah kupas isu ini. sila baca Blog page loading time aku ade provide siket² cara nak mengoptimize kan blog supaya load laju dan cepat. tanpa menyebabkan reader lari. kalau dah hilang sabar bukan stakat reader je larik. pakwe makwe ataupun laki bini pun larik.

come on lah. time is important. banyak lagi blog nak baca. banyak lagi kerja nak buat. why wait for wasting time?

5. Pop-up

Ni perhatian kepada blog-blog yang menggunakan Widgeo samada anda sedar atau tak widget ini akan menyebabkan blog anda kuar popup window. popup window iklan. ade banyak lagi alternative seperti Whos Amung Us atau pun boleh guna Sitemeter atau Stat Counter. buang je senang. walaupun takde widget ini anda tetap boleh tengok Statistik blog anda. mungkin anda lupa atau tak tahu atau tak pernah guna, iaitu dengan Nuffnang Analytics sebabnya dari permerhatian aku 91.2% blog pakai Nuffnang.

sebenarnya banyak lagi. kalau nak komen satu-satu penat jugak ni. nanti kalau ade masa lagi aku update pasal ni. macam alert box, bling-bling, cursor mcm² bentuk la benda-benda tu semua macam annoying je. org nak baca blog bukan nak maen game.

Ini adalah pandangan aku. semuanya di tangan korang. blog korang korang punya suka. rasanya ramai sependapat dengan aku. Komen anda?

24 comments

  1. aku pun dah alami apa yang ko rasa tu..

    ReplyDelete
  2. saya pun tak suka bila ade lagu auto play

    ReplyDelete
  3. ehm betul tuh dam... tu pasal blog gua sempai je... PEACE...

    ReplyDelete
  4. salam singgah... harap2 ader yang ambil peduli pasal perkara2 yang disampaikan kat atas nun...

    ReplyDelete
  5. Azman Roslan: betul tu. blogging ni bukan ikut suka sendiri je syok sendiri kena ikut reader. tanpa reader sapa lah blogger.

    Anonymous: betul tu. lagi sedih bila lagu auto play tu di embed hidden. takleh nak tekan butan stop.

    dkama: yup betul tu. sempoi je blog bro. tapi kenapa lately asyik sajak sedih je. tgah bersedih eh?

    mancai: welcome. InsyaAllah jika ade yang nak improve. akan mempertimbangkan. kalau tak syok sendiri je

    ReplyDelete
  6. Entry takde motif..tak bleh bla..wakakaka..
    tp mmg pon..kdg2 blurr gak nk komen ape. hehe..

    ReplyDelete
  7. @NiZaM Limited: hehehe. entry aku ni ade motif sebab ko dah komen.

    ReplyDelete
  8. Kehkeh...masing2 ada cerita sendiri...tapi selalu kalau BW, aku akan bukat lagu sendiri, so, tak payahla nak buat autoplay mp3 tu...haha, wat penat nak tekan pangkah...harhar

    ReplyDelete
  9. memang tersangat malas nak blogwalking pada blog2 sedemikian.. entri pun ntah hapa2.. pening tengok

    P/S: bila nak tukar ke Wordpress

    ReplyDelete
  10. boleh tak..
    aku copy dan jadikan benda ni sebagai pdf file..
    mean ebook tuan rumah

    ReplyDelete
  11. @PCH: boleh je yang penting letakkan link back ke blog ini.

    ReplyDelete
  12. Selain widgeo, boleh guna wiget Zaigadgets. Kat sini ada webcounter, pagerank counter, online visitor counter dan paling best country counter dier sebab tak pakai flash macam lelain so page x heavy... Gi http://www.zaigadgets.com/ untuk try...

    ReplyDelete
  13. isu autoplay music tue mmg membuatkan gua hangin...selaly gak terkena macam anda...tension...

    ReplyDelete
  14. @Sir Marcello: sabar je la.. mungkin nnt satu hari nnt ade orang cipta plugin yang boleh stopkan lagu auto play untuk browser sape tahu.

    ReplyDelete
  15. thank you for sharing this useful comments and infos.

    harap-harap blog zam tak lambat upload andai kata kamu ter"blogwalking" di blog zam. ngeh3 ;p

    http://llizam85.blogspot.com/2010/06/reasons-for-say-anything.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah kisah pulak pasal blog. Psl menyundal tak peduli ye. Moga anak2 dan seluruh keturunan sama perangai mcm mak dia.sundal bolong. Kalau laki miskin sangat, cari la jantan single. Gila punya orang. Tak padan anak dua.

      Delete
  16. macam mana lah org kalau tgk blog aku..ishk risau haha

    ReplyDelete
  17. salam. kakchik pun setuju dgn 5 perkara tu w/pun ada sebab2 yang berbeza.

    ReplyDelete
  18. hye~yup aku pun tak ske ble lawat blog2 yang berat2 nih sbb byk widget tak perlu~
    bkn saje tenet jadi lambat, pc pun tersekat2~huhu
    tp tak tau lah kalau blog aku pun dalam kategori tuh ke tak...hehe~

    ReplyDelete
  19. I love this entry. its direct, tak de cover2 and be of all, honest.. Good entry..

    ReplyDelete
  20. hahaha.,,kat bawah shoutmix aq siap ada note..
    benci kat blog yg pasang lagu auto..memekak..

    love all your e ntry

    www.syoknyadownload.blogspot.com

    ReplyDelete