mungkin anda pernah dengar kisah ini: Kisah Seorang Bapa Seorang Anak dan Seekor Keldai ataupun dalam versi yang berbeza. Moral daripada cerita ini adalah apa je yang kita buat akan ada je suara² yang mengata. untuk mencapai kejayaan kita perlulah membuka hati dan memekakkan telinga seperti kisah seekor katak yang gigih ini.
Gelas separa kosong atau separa penuh?
Sebiji gelas jika di isi dengan air sehingga paras separuh dari gelas itu. gelas itu akan menjadi separa penuh. tapi jika aku cakap gelas itu separa kosong adakah aku yang salah?
Robin Hood Perompak atau Penyelamat?
Aku tak tahu sangat cerita pasal robin hood. tapi aku tak suka dia. bagi golongan berada robin hood adalah musuh mereka. tapi bagi golongan rakyat jelata yang miskin robin hood adalah penyelamat. tapi ingat matlamat tak menghalalkan cara. walaupun niat kita baik ianya tidak akan menghalalkan cara yang kita gunakan untuk mencapai matlamat itu. seperti robin hood sebab itu aku tak suka dia. merompak kemudian bersedekah. kategori ape tu?Lihat dari Perspektif yang Berbeza
gelas yang berisi separuh air itu. jika dilihat dari perspektif gelas yang penuh, kita akan berkata gelas itu separa penuh air. tetapi jika kita melihat dari perspektif gelas yang kosong, kita akan cakap gelas itu separa kosong air. begitu juga dengan kisah robin hood tadi. tapi apa rasionalnya?Berfikiran Luas dan Bebas
Jangan halang pemikiran kita. elakkan mental block. jangan hadkan pemikiran kira kita. lihat satu perkara itu dari pelbagai sudut. makanya kita akan nampak banyak benda positif daripada benda negatif. luaskan pandangan sehingga 360° membolehkan kita melihat ape yang tersirat di sebalik sesuatu.Seperti penggunaan nama ALLAH yang timbul baru-baru ini. jika dilihat dalam pelbagai sudut memang ade rasionalnya tetapi jika dilihat dari sudut Agama Islam pula kita kena pertahankannya. tapi bukan dengan cara membakar gereja.
teringat pulak cerita diari lelaki dan diari wanita.
pasal gelas tu kan,saya jawab gelas separa penuh.
ReplyDeleteada orang cakap cara kita jawab menunjukkan kita pesimis or optimis.Mane dorang tao ye?
@penjenayah merah jambu.: Ok untuk mengetahui anda pesimis atau optimis. cuba bayangkan anda di tengah lautan menaiki bahtera. dimana pada masa itu anda tidak nampak pun daratan. tapi pada masa itu tiupan angin telah mengganggu perjalanan bahtera anda:
ReplyDelete1. Seorang pesimis merungut mengenai angin,
2. Seorang optimis mengharapkan angin akan berubah haluan
3. Tetapi seorang realis menyesuaikan bahteranya dengan keadaan angin
salam bro...
ReplyDeleteterima kasih kerana singgah di blog kawie2020 tadi...
Jangan ade blok pemikiran... bagus quote tuh... tetapi pastikan pemikiran yg berilmu yang disulami iman..
kalau x kita akan jadi seperti mazhab muktazilah dizaman bani abbasiyah dulu...
p/s: nice blog bro...