Kenapa HERALD Tidak Boleh Guna Kalimah "ALLAH" ?

08 January 2010

Sejarah Nama Allah

Tidak dinafikan nama Allah telah digunakan di Tanah Arab oleh masyarkat bukan Islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Namun, maksud yang digunakan tidak membawa maksud yang Esa, Beranak dan Diperanakkan. Kemudian Islam datang dan memberi maksud nama Allah yang kita fahami hari ini. Di Malaysia, nama Allah telah digunakan hanya ketika Islam datang di sini, dan tiada agama pernah menggunakan nama tersebut secara berleluasa. Nabi tidak pernah melarang orang kafir Arab menggunakan nama Allah kerana mustahil untuk menghalang amalan dan sebutan yang sudah sebati.

Nama Allah Dalam Bahasa Melayu

Bahasa Melayu merupakan rumpun bahasa umat Islam. Bahasa Melayu telah mengalami Islamisasi ilmu yan panjang dan berkesan. Setiap istilah dan perkataan mengandungi makna yang Islami. Nama Allah dalam bahasa Melayu merujuk kepada hakikat Tuhan Yang Maha Esa. Sebab itu terjemahan bahasa Inggeris 'God' ialah tuhan, bukan Allah.

Beza Guna Nama Allah Dalam Sebutan Dan Tulisan

Orang kafir ada menyebut nama Allah sebagai Maha Pencipta (al-Zimar:38), Maha Pentadbir Alam (al-Mukminun:86 & 87) dan banyak lagi. Sebagai orang Islam, itu hakikat yang kita kena terima dan sama sekali tidak boleh menghalang orang kafir untuk terus menyebut nama Allah seperti yang dirakam dalam Al-Quran. Namun, Al-Quran membidas mereka kembali
"Mereka menjadikan kamu senang hati dengan mulut mereka, sedangkan hati mereka menolaknya." (al-Taubah:8)

Apabila nama Allah dibenarkan dalam tulisan mereka, maka ia akan membuka implikasi yang besar kepada umat Islam.
  1. Pertamanya akan berlaku kekeliruan terjemahan, seperti "Sons of God" akan menjadi Anak-anak Allah, manakala "God's wife" akan menjadi Isteri-isteri Allah. Bentuk tulisan yang membawa nama Allah telah menukar makna hakiki nama Allah yang difahami dalam bahasa Melayu, iaitu Yang Maha Esa.

  2. Keduanya, ia seolah mengiktiraf nama Allah yang 'baharu'. maka umat Islam menghadapi tugas yang berat untuk menjernihkan nama Allah yang hakiki dan nama Allah yang digunakan oleh Agama Kristian.

Bukan Isu Kedekut Nama

Umat Islam tidak pernah kedekut dalam memberi nama-nama atau kebebasan kepada agama-agama lain. Bahasa Malayu sendiri kaya dengan nama dan istilah beragama seperti paderi, sami, ulama, gereja, kuil, tokong, masjid dan banyak lagi. Setiap istilah membawa makna yang tersendiri.

Allah Memang Tuhan Umat Manusia, Tetapi Hanya Islam yang Beriman Dengan Allah Yang Hakiki

Ada yang berhujah, semua agama menuju Allah yang Esa, hanya berbeza bentuk ibadat dan doa yang disampaikan. Faham ini amat merbahaya, kerana mengiktiraf semua agama sama taraf. Maknanya Al-Quran mungkin sama dengan Bible, para Rasul sama dengan Confucius, dan pelbagai lagi.
Hanya Islam agama yang benar di sisi Allah (Al-Imran:19)

Sikap Beragama Kita Dalam Masyarakat Majmuk

Jalan keluar kemelut ini ialah berlaku adil dalam agama masing-masing. Agama Islam yang adil ialah tidak memaksa fahaman-fahaman dan konsep-konsep agama Islam dimasukkan ke agama lain. Bahkan agama lain juga tidak boleh secara semberono menerima konsep-konsep yang asing dalam agama mereka.

Usaha menyatukan semua agama dalam satu akidah, melalui Tuhan yang sama, ialah kemungkaran dalam agama. Seharusnya setiap agama dibenarkan mengamalkan agama masing-masing berpandukan kitab dan nasihat orang yang alim dalam agama.

7 comments

  1. sok0ng2!!
    ianya benar belaka..
    =]

    ~keep it up!

    ReplyDelete
  2. bgsu2 ...entri yg menarik...

    harap dpt bukak minda2 org2 islam yg jahil...

    keep it up bro...

    salam perkenalan....

    http://namakuharis.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ana nak mintak kebenaran post blogger anta kat facebook..

    ReplyDelete
  4. @Amir Axeel Aswaad: Okay sama-sama kita sebarkan.

    ReplyDelete