Facebook Trend Masa Kini Atau…?

30 December 2009


Topic kali ini. Facebook. tajuk yang biasa saja tapi jika dikupas dengan lebih dalam akan mengungkap pelbagai persoalan yang perlu dijawab. ya… semua orang ade Facebook. persoalan yang aku ingin tinggalkan adalah "mengapa Facebook boleh cepat berkembang?"
jika difokuskan hanya di Malaysia, Facebook dapat menandingi semua laman web sosial seperti Friendster(yang baru saja diamik alih oleh MOL Malaysia), Myspace, dan juga Tagged.

Persoalan aku tadi telah membawa kepada teori Konspirasi Facebook yang pernah aku tulis dulu.

Beberapa fakta menarik yang pernah aku baca. antaranya ialah dari Abir Abhar yang menyatakan
pengguna Facebook paling tua kat dunia ni dah berusia 102 tahun. Nama dia Ivy Bean. Dah nak masuk 103 tahun da umur dia tau x. Hebat tul nenek ni. Dia pun macam pengguna FB yang lain la. Dia upload photos, update status, main farmville, mafia wars.. Haha.
(sumber)

tahukah anda bahawa Facebook mempunyai lebih 30,000 server sekarang? berbanding lebih 10,000 server pada April 2008. bagi menambah lagi sejumlah 20,000 server Facebook telah meminjam sejumlah USD100 juta. menarik bukan? lebih menarik Facebook mempunyai seramai 230 engineer. kilang kat Malaysia pun takde engineer seramai tu.

Ada satu lagi kes yang paling menarik di mana 20% kes penceraian adalah di sebabkan oleh laman web sosial ini. bukan jumlah yang kecil. ia adalah mengikut kajian daripada syarikat perkhidmatan perceraian online, ia menyatakan bahawa 20% daripada kes perceraian yang dikendalikan oleh syarikat tersebut.

mak cik-mak cik pak cik-pak cik pun dah ade akaun facebook. mungkin dulu myspace, frindster dan tagged dorang cakap tu untuk budak² remaja. sekarang semua dah ade facbook. budak-budak sekolah rendah pun ade akaun Facebook. dahsyat sungguh pengaruh Facebook.

Musafir Cyber macam mane pulak? ade facebook tak. Musafir Cyber jugak takkan terlepas dari arus kemajuan dunia cyber Sila join Musafir Cyber di Facebook.

kembali kepada persoalan di atas tadi. mengapa Facebook boleh cepat berkembang? nyatakan pandangan anda di ruangan komen…

6 comments

  1. @Wan SheVa: best dari segi ape tu?

    ReplyDelete
  2. banyaknyer cite pasal facebook

    ReplyDelete
  3. @cikgu isza: ade banyak lagi sebenarnya ramai yang tak tahu. kalo tak macam mane dia boleh jadi social network paling top

    @Abir Abhar: sama-sama. aku cuma tertarik dengan fakta yang aku quote je. ;)

    ReplyDelete