Apa akan jadi kepada online akaun apabila anda sudah tiada?

14 December 2009

Ajal maut semuanya di tangan tuhan. kita tak tahu bila ajal kita sampai. mungkin esok, mungkin lusa, ataupun mungkin lambat lagi. tapi yang pasti setiap yang bernyawa pasti akan mati. cuma persoalannya bila?

satu lagi persoalan yang ingin aku keutarakan kali ini adalah apa yang akan jadi kepada kepada online akaun anda apabila anda meninggal? email anda akaun Facebook mahupun Myspace. persoalan ini aku pernah keutarakan melalui twitter minggu lepas. takde yang menjawabnya, eh ade LadyJava yang reply: good question!. terima kasih kepada chokilala[@chokilala], Mohamad Nizam[@iamarunaholic] dan nadzirah[@lilacfla] kerana retweet persoalan aku itu.

tetapi, pernahkan anda terpikir apakah yang akan terjadi kepada akaun email anda seperti Gmail, Hotmail, dan juga Yahoo! selepas anda meninggal nanti? ataupun siapakah yang dapat access kepada akaun Facebook dan myspace anda?

sebenarnya setiap website mempunyai policy yang berbeza mengenai pemilik akaun yang meninggal dunia. mari kita lihat satu persatu.

Facebook

Social network yang paling popular pada masa kini. Facebook tidak akan membenarkan sesiapa pun untuk mengaccess akaun si mati. tetapi Facebook hanya akan benarkan page mereka menjadi memorial page jika di minta. caranya adalah dengan mengisi borang Report a Deceased Person's Profile. dengan mengisi borang tersebut Facebook akan membuang maklumat yang sensitif seperti status updates dan hanya membenarkan friend list semasa je untuk mengakses profile tersebut.



Myspace

Myspace juga tidak akan sekali-kali membenarkan waris atau sesiapa sahaja untuk mengakses akaun tersebut. tetapi mereka akan delete profile si mati untuk anda dengan mengemukakan bukti-bukti yang berkaitan seperti sijil kematian dan sebagainya. emailkan kepada accountcare@support.myspace.com untuk memohon profile myspace di delete.



Gmail

Gmail yang paling bagus sebab gmail membenarkan waris untuk mengakses email si mati setelah berlaku kematian pemegang akaun. dengan adanya akses kepada email anda boleh mengakses kesemua online akaun yang lain dengan menggunakan function reset akaun di Forgot My Password. confirmation untuk reset password akan dihantar ke email akaun kemudian anda boleh akses akaun yang lain termasuk akaun Facebook dan Myspace. untuk mendapatkan akses kepada email akaun si mati anda perlu mengemukakan maklumat-maklumat penting seperti bukti kematian dan sebagainya kepada Google samada faks ataupun email. untuk maklumat lanjut boleh melihat Google's Support Page.

Yahoo!

Yahoo mempunyai polisi yang paling ketat. dimana tiada siapapun dapat mengakses akaun email anda setelah anda meninggal. apa yang anda cuma boleh lakukan adalah meminta Yahoo untuk delete akaun tersebut. tetapi anda boleh mengakses akaun tersebut dengan menggunakan function reset password.

Hotmail

Hotmail juga mempunyai policy yang lebih kurang sama dengan Google. jika anda meninggal waris anda boleh mengakses email anda dengan mengemukakan bukti dan dokumen yang berkaitan. untuk maklumat lanjut sila layari Windows Live Help. tetapi akaun Hotmail akan automatik delete jika akaun tidak aktif dalam jangka masa yang lama.


kesimpulannya jika anda tidak mahu identiti anda diketahui ataupun maklumat rahsia dalam email anda yang anda tidak mahu orang lain tahu jika anda meninggal gunakan Yahoo! lagi selamat.

3 comments

  1. good information. thanks for sharing.

    never thought about this thing before.

    ReplyDelete
  2. @myadlan: hanya terfikir seketika. ajal maut semuanya di tangan tuhan

    ReplyDelete